Sekitar minggu lalu, pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah mengeluarkan arahan untuk menurunkan papan iklan ‘KTHXBYE’ yang dipaparkan dalam singkatan bahasa Inggeris.

Berita Harian melaporkan bahawa arahan penurunan papan tanda berkenaan yang dipasang pada jejantas laluan utama Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Masjid Al-Azim di Peringgit itu telah dikuatkuasakan secara serta-merta pada 10 Mei lalu.

Melaka Kini

‘KTHXBYE’ merupakan singkatan popular bagi membawa maksud ‘Okay, Thank You, Good Bye’ yang kini digunakan secara meluas oleh majoriti pengguna internet.

Sebelum ini, syarikat yang mengeluarkan produk Mamee Monster turut pernah menggunakan singkatan perkataan yang sama pada 14 Mac 2019 sewaktu aplikasi Facebook seluruh dunia dikatakan gagal berfungsi.

Mamee Monster / Facebook

Menurut Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Mansor Sudin, penggunaan singkatan perkataan tersebut di dalam pengiklanan adalah tidak boleh sama sekali.

“Tidak boleh iklan sebegitu. Sudah diarah diturunkan (papan iklan) serta-merta.”

Malah, ada segelintir netizen turut menyokong tindakan berkenaan kerana menyifatkan penggunaan singkatan perkataan seperti itu mampu merosakkan bahasa kebangsaan.

 

Munira Mustapa / Facebook

Bagaimanapun, sehari selepas papan iklan ‘KTHXBYE’ diturunkan, pihak berwajib telah pun menggantikannya dengan slogan yang baru berbunyi:

“Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!”

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular