Burung nuri adalah antara haiwan yang sering dijadikan haiwan peliharaan. Keunikan yang terdapat pada burung nuri seperti mampu meniru cakap manusia membuatkan haiwan ini istimewa di hati peminat-peminatnya. Warna burung nuri yang biasa kita lihat ialah putih, hijau dan merah. Namun kali ini, burung nuri berwarna merah jambu susu pula menjadi sensasi di media sosial kerana keunikan warnanya.

Burung nuri berwarna merah jambu susu ini diberi gelaran “Padoma”. Padoma berusia 2 tahun setengah dan merupakan seekor burung nuri betina. Bulunya yang berwarna merah jambu susu membuatkan Padoma kelihatan menarik dan manja di mata netizen.

pojumaru

Wajah Padoma berwarna putih, bulu daripada kepala hingga ke seluruh badannya berwarna merah jambu susu manakala hujung kepak dan ekornya pula berwarna kuning. Perhatikan matanya yang berwarna merah Ruby itu, memang menawan!

pojumaru

Jika Padoma dipertandingkan dengan burung-burung lain pasti Padoma menduduki tangga teratas.

pojumaru

Dikatakan Padoma sangat rapat dengan keluarga tuannya. Padoma gemar bertenggek di jari tuannya.

pojumaru

Suara Padoma pun sangat menarik dan menenangkan. Untungnya tuan Padoma kerana menemui dan memiliki Padoma.

Ada juga netizen yang mengatakan Padoma seperti buah peach. Lihatlah telatah Padoma ketika menggelengkan kepalanya, memang kelihatan seperti buah! Comelnya!

pojumaru

Selain Padoma, tuannya juga memelihara burung nuri berwarna merah jambu susu yang lain iaitu Licca yang berusia 2 bulan lebih tua daripada Padoma.

pojumaru

Campuran warna merah jambu susu, kuning, biru dan putih membuatkan bulu Licca juga sangat cantik dan menarik! Seperti warna pelangi!

pojumaru

Burung nuri berwarna merah jambu susu ini sangat cantik dan menakjubkan. Melihatnya pun sudah cukup menghiburkan!

Sumber: petpetbase.com, pojumaru/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular