Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang besar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak agar menjadi generasi berguna pada masa hadapan. Ada ibu bapa yang bersikap tegas terhadap anak-anak tetapi pada masa yang masa mempamerkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.

Seorang bapa dari Filipina menjadi tular di media sosial sehingga dikatakan layak menerima anugerah bapa terbaik di dunia gara-gara usahanya untuk mengurangkan perasaan gemuruh anak perempuan tersayang ketika menyertai satu pertandingan tarian di sekolah.

YouTube

Memetik laporan NextShark, bapa yang dikenali sebagai Rjay Tolentino ini dilihat gigih memberikan semangat buat anak perempuannya, Lyra Jaz sebelum dia membuat persembahan. Dilaporkan anaknya telah menyertai satu pertandingan tarian iaitu Festival of Talent yang diadakan di Pasig City.

Sambil menggayakan pakaian tradisional Polinesia, anak kecil berusia enam tahun ini telah berusaha memberanikan diri menaiki pentas untuk menari tarian Hula bersama rakan-rakan sekelas pada 9 Mac.

YouTube

Bagaimanapun, tekanan yang dirasai untuk bersaing dengan penari-penari lain bagi menampilkan persembahan terbaik mungkin telah menyebabkan Lyra tidak mempunyai kekuatan bagi meneruskannya.

Merasai debaran dan seolah-olah memahami apa yang berada di dalam fikiran si anak, bapa ini telah tampil ke hadapan untuk menunjukkan tarian sebagai tanda sekongan. Memang agak mustahil untuk kita lihat mana-mana kaum bapa yang sanggup menghafal setiap langkah tarian si anak dan menarikannya di hadapan orang ramai…

YouTube

Tapi, atas sifat kasih sayang sejati, Rjay telah melakukannya demi permata hati tersayang!

Usaha bapa berusia 35 tahun ini membuatkan Lyra semakin tenang dan yakin serta terus mengikuti langkah tarian seperti yang ditunjukkan oleh bapanya. Rjay pula langsung tidak mempedulikan mata-mata yang melihat tingkah lakunya itu. Baginya, apa yang penting adalah dia sentiasa ada setiap kali Lyra memerlukannya.

Ketika ditanya apa yang membuatkan Rjay bertindak sedemikian, ini jawapan yang diberikan:

“Saya tahu anak perempuan saya gementar berada di atas pentas. Jadi, saya cuba melakukan apa yang termampu untuk membuatkannya berasa lebih lega.”

YouTube

Kisah yang sungguh menghiburkan dan memberi inspirasi kepada ramai bapa di luar sana bahawa inilah yang diperlukan oleh setiap anak-anak ketika dalam proses membesar…

Viral Press/Youtube

Sumber: SAYSViral Press/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular