Kejayaan boleh dicapai menerusi usaha yang gigih dan pengorbanan. Sering kali pengorbanan bersama keberanian yang dilakukan pasti akan membuahkan hasil. Inilah sikap penuh motivasi yang dapat memberi gambaran menerusi aksi seorang atlet dari Amerika Syarikat yang bertindak di luar kotak pemikiran dan sungguh luar biasa, demi mencipta kemenangan di dalam satu kejohanan olahraga.

@SECNetwork/Twitter

Infinite Tucker merupakan atlet yang menarik perhatian netizen di media sosial apabila beliau telah menamatkan lariannya dengan aksi pendaratan ‘Superman’ di garisan penamat.

@SECNetwork/Twitter

Aksi tersebut dilakukan bagi membolehkan atlet ini memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter berhalangan di Kejohanan Southeastern Conference Track And Field.

@SECNetwork/Twitter

Menurut Infinite Tucker selepas perlumbaan, beliau telah berusaha sehabis baik serta bersungguh-sungguh untuk menamatkan larian dengan menggunakan seluruh kudrat dan tenaganya dalam kejohanan itu.

@SECNetwork/Twitter

Katanya selepas memenangi perlumbaan tersebut, “Saya menutup mata bermula pada halangan ke 10, kemudian saya membukanya dan nampak ibu lalu terus melompat untuk memeluknya.”

@SECNetwork/Twitter

Usaha gigih ala ‘Superman’ itu akhirnya telah membuahkan hasil dan Infinite Tucker berjaya menjadi juara dan meraih emas dalam kejohanan tersebut. Tahniah!

Tonton rakaman video hebat ini di bawah.

@SECNetwork/Twitter

Sumber : @SECNetwork/Twitter , GIVEMESPORT , Siakap Keli

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria SUKAN VIDEO

Video Popular