Timea Ganji berharap dapat membuat sandwic untuk makanan tengah hari anak-anaknya namun dia begitu terkejut selepas mendapati sebungkus roti yang dibelinya itu hanya ada kerak roti sahaja.

anglenews

“Ia bukan perkara lucu pertama pada waktu pagi, apabila anda mempunyai setengah jam untuk mempersiapkan anak-anak ke sekolah dan tiada masa untuk mendapatkan roti lain,” kata Puan Ganji.

Kingsmill berkata, mereka menyiasat bagaimana kejadian seperti ini boleh berlaku dan telah menggantikan Puan Ganji roti yang lebih konvensional.

Kata wanita 41 tahun dari Radcliffe-on-Trent di Nottinghamshire ini, ketika mereka membeli roti itu, ia kelihatan seperti roti biasa.

“Disebabkan pembungkusan berwarna kuning, anda tidak dapat melihatnya dengan jelas. Anda boleh lihat roti itu telah dihiris tetapi anda tidak dapat melihat jika ia hanyalah kerak roti sahaja.”

anglenews

“Kemudian, pada waktu pagi, saya hanya mahu beberapa keping roti bakar dan mahu membuat sandwic dan saya hanya memandangnya sahaja. Saya benar-benar tidak faham bagaimana perkara itu boleh berlaku.”

Ibu beranak dua itu memuat naik penemuan itu di Facebook. Apa yang terjadi ialah kawan-kawannya berkongsi cara untuk menggunakan kerak roti dan memberitahunya tentang faedah makan kerak roti.

Menurut Puan Ganji, dia tidak kisah makan kerak roti, malah dia gemar makan roti perancis bersama mentega tetapi kerak roti seperti ini tidak lazat rasanya.

“Anda tidak boleh membuat sandwic dengannya dan anak-anak pasti tidak akan memakannya.” kata Puan Ganji lagi.

Puan Ganji yang merupakan pemilik restoran itu berkata, dia telah mempertimbangkan untuk menambah kerak roti tersebut ke  dalam meatloaf atau membuat serbuk roti.

Kingsmill berkata bakerinya dilindungi oleh proses kawalan kualiti yang ketat dan tidak akan membenarkan kerak roti dijual.  Sementara seorang jurucakap berkata firma itu sedang menyiasat bagaimana kerak roti tersebut telah tersalah bungkus dan sampai kepada pelanggan seperti Puan Ganji.

hinckleytimes

Berikut adalah idea untuk menggunakan lebihan roti dari Too Good To Go dan Newsround:

  • Bekukan roti yang tidak digunakan sebelum ia tamat tempoh dan panaskannya kemudian.
  • Jika roti sudah tamat tempoh, siram roti tersebut dengan air dan panaskannya di dalam ketuhar selama kira-kira 10 minit.
  • Rancang lebih awal dan pastikan anda tidak membeli roti lebih banyak daripada yang anda perlukan.
  • Jadikan kruton (potongan roti berbentuk dadu yang dibakar atau digoreng yang biasanya dimakan dengan sup) dan makan bersama salad atau sup.
  • Buat serbuk roti dan gunakannya sebagai topping untuk makaroni keju atau pai ikan.
  • Buat roti panggang Perancis, puding roti atau salad Itali, Panzanella.

Sumber: BBC NEWS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi Ria

Video Popular