Seorang lelaki yang mabuk secara tidak sengaja telah menjebakkan dirinya sendiri dengan satu kesalahan yang lebih besar selepas tersilap menawarkan kepada anggota polis dengan apa yang dia fikir adalah satu peket rokok. Insiden lucu ini berlaku di Hubei, China pada 15 April lalu.

Menurut China Press, suspek yang bernama Tang, telah memandu secara salah dengan membuat satu pusingan haram yang melanggar undang-undang jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan dengan kereta lain.

Apabila anggota polis dihantar ke tempat kejadian, Tang cuba menenangkan polis ini dengan menawarkan mereka sepeket rokok. Malangnya, Tang telah memberikan mereka satu peket yang salah.

China Press

Ternyata lelaki ini berasa cemas apabila menawarkan ‘hadiah’ kepada polis, yang pada ketika itu mereka mengesyaki Tang telah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Anggapan pihak polis terbukti benar apabila mereka ‘menerima bukti sahih’ apabila membuka peket rokok yang pelik itu, kerana terdapat sebilangan kecil dadah di dalamnya.

Lelaki ini kemudian telah ditahan di balai polis untuk sesi soal siasat. Ternyata Tang sebenarnya membawa dua peket rokok bersamanya, satu untuk rokok sebenar dan satu lagi dengan kandungan berisi dadah.

Dipercayai Tang menjadi panik ketika insiden itu berlaku sehingga melakukan kesilapan dengan mengeluarkan peket rokok yang salah kepada polis.

China Press

Selepas Tang melakukan ujian air kencing, hasil keputusannya adalah positif. Tang telah ditahan pihak polis untuk tindakan pendakwaan selanjutnya.

Semoga Tang mendapat pengajaran yang berguna dengan insiden yang dibuatnya sendiri.

Susulan video mengenai kejadian tersebut di sini.

Sumber : China Press

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular