Kata orang perkahwinan adalah penyatuan dua hati, dua jiwa yang diikat dengan sebuah cinta suci yang diharapkan untuk kekal hingga akhir nyawa. Semua persiapan perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna kerana hari bahagia itulah yang akan menjadi memori dan kenangan paling manis buat pengantin. Daripada majlis pertunangan hinggalah perkahwinan jika boleh semuanya berjalan dengan sempurna.

Cincin adalah antara perkara paling penting di dalam kedua-dua majlis itu. Cincin adalah permulaan segala-galanya. Hampir semua lamaran dilakukan dengan menggunakan cincin yang paling istimewa. Pihak lelaki akan sedaya upaya mendapatkan cincin yang terbaik serta mempunyai makna dan simbolik tertentu buat wanita pilihan mereka. Namun, apa yang sering membimbangkan ialah pandangan orang sekeliling mengenai pemilihan cincin. Adakalanya ia memang memeningkan kapala!

Seorang wanita telah berkongsi gambar cincin pertunangnya di Facebook dengan harapan untuk berkongsi kebahagiaannya namun lain pula yang berlaku.

Ucapan tahniah yang diharapkan bertukar menjadi ejekan demi ejekan oleh kerana saiz cincinnya yang sangat halus. Pengguna Facebook yang melihat gambar itu rata-rata memberikan kata-kata yang sangat tidak meyenangkan terhadap gambar tersebut.

Hakikatnya cincin tersebut adalah sesuatu yang dia mahukan. Saiz cincin itu kelihatan kecil di mata orang ramai tetapi ia sangat cantik dan benar-benar seperti yang dia mahukan.

Wanita itu juga memuat naik gambar cincin berserta kapsyen yang berbunyi, “Saya dan teman lelaki saya menempah cincin ini secara atas talian dan saya sangat menyukainya!”

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah komen yang sangat tidak menyenangkan dan menyakitkan hati. Ada yang mengatakan cincin tersebut sangat ‘menyedihkan’.

Komen lain pula berbunyi, “Saya telah mengumpulkan rakan-rakan ahli fizik dan ahli astronomi kelas dunia, kami sedang membina alat baharu supaya kami dapat melihat cincin anda.”

“Saya rasa anda berdua tidak mahu orang lain tahu bahawa anda berdua telah bertunang.”

Ketika wanita itu sedang berbahagia dan mahu berkongsinya dengan dunia, masih ada sahaja netizen yang melontarkan komen negatif yang pasti sedikit sebanyak membuatkan wanita itu terasa hati.

Adalah tidak wajar untuk kita menghakimi apa yang dilakukan oleh mereka sedangkan mereka bahagia dan gembira. Pasti pasangan itu ada cerita dan kisah tersendiri sehingga mereka memilih cincin itu. Asalkan mereka bahagia itu sudah cukup!

Sumber: HAPPIEST

Maybe you're interested :

Share

Video Popular