Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan telefon pintar RPG yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Moonton. Mobile Legends merupakan antara permainan telefon pintar yang popular di Asia Tenggara.

Baru-baru ini satu video yang dimuat naik oleh seorang bapa, Mak Samonte yang menunjukkan anak lelakinya sedang menangis kerana akaun Mobile Legendsnya dibekukan selama 30 tahun tular di media sosial.

Akaun Mobile Legends kanak-kanak lelaki yang dilaporkan dari Filipina itu dibekukan selama 10,949 hari 1 jam 23 minit, kira-kira 30 tahun.

Mak Samonte|Facebook

Sudahlah dibeku selama 30 tahun, disakat pula oleh bapanya. Video yang dimuat naik oleh bapanya itu disertakan dengan emoji ketawa pada kapsyennya.

Mak Samonte|Facebook

Kurang pasti mengapa akaunnya dibeku, tetapi ada netizen yang mendakwa bahawa akaun kanak-kanak lelaki itu dibeku kerana menggunakan cheat code.

Ada juga netizen yang mendakwa bahawa lelaki ini menggunakan telefon palsu kerana mahu tarik publisit dan perhatian netizen. Tetapi apabila lihat gambar skrin telefon yang dimuat naik memang tidak kelihatan palsu.

Namun, ada baiknya apa yang telah terjadi kerana dia boleh fokus sepenuhnya pada pelajaran. Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: Mak Samonte|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular