Apabila seorang kanak-kanak lelaki di Florida ini mendapati dirinya kesunyian, dia memutuskan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Apa yang dia perlukan ialah seorang kawan, jadi dia menghubungi satu tempat yang dia tahu pasti akan menjawab iaitu 911.

Walaupun secara teknikalnya panggilan itu bukanlah satu kecemasan, namun pihak polis menghantar pegawai untuk pergi ke rumah kanak-kanak berusia 6 tahun itu untuk meninjau keadaannya.

Facebook

Apabila pegawai polis Tallahassee,  Joe White tiba di rumah kanak-kanak lelaki itu, kanak-kanak itu terus memintanya untuk menjadi kawan.

White mengambil peluang tersebut untuk mengajarkan kanak-kanak itu apa fungsi 911, kemudian menyerahkan anak patung haiwan sebagai hadiah. Kata White, anak patung inilah yang akan ‘selalu menjadi kawan’ buat kanak-kanak itu.

Facebook

Pegawai White membawa kanak-kanak itu bersiar-siar dengan menaiki kereta perondanya. Pasti kanak-kanak tersebut tidak berasa kesunyian selepas ini!

Facebook

Jabatan polis berkongsi kisah manis ini di Facebook di mana Pegawai White menerima banyak pujian. Nampaknya semua orang berbangga dengan tindakan pegawai ini yang mengambil masa untuk mengajarkan kanak-kanak 6 tahun itu tentang kegunaan 911 dan memulakan sebuah persahabatan istimewa.

Sumber: INSPIRE MORE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular