Berdengkur adalah kejadian semasa tidur yang biasa terjadi kepada sesetengah daripada kita, dan bagi yang mempunyai pasangan berdengkur di tempat tidur, mereka tidak mempunyai pilihan selain terus menghadapinya.

Walau bagaimanapun, para doktor mengatakan bahawa berdengkur boleh menyebabkan penderaan psikologi kepada pasangan yang tidak berdengkur kerana ia mempengaruhi kualiti tidur mereka. Sudah pasti anda akan mengatakan kenyataan ini ada kebenarannya!

SBS / Gambar Hiasan

China Press melaporkan, menurut Zhuang Libang yang merupakan Pengarah Pusat Tidur di Hospital Chang Gung Memorial di Linkou, Taiwan berkata mereka telah melakukan kajian dan mendapati 60% responden mengalami tidur yang terganggu dengan dengkuran pasangan.

Beliau berkata terdapat tiga sebab utama yang menyebabkan seseorang itu berdengkur. Ini termasuk dengkuran sementara yang disebabkan oleh postur tidur atau alahan bermusim, masalah fizikal seperti obesiti atau keadaan hidung dan tekak serta tidur apnea.

Beliau memberi satu contoh kes dengan mengatakan bahawa baru-baru ini telah merawat seorang lelaki berusia 50 tahun yang mengalami masalah berdengkur setiap malam sehingga mengganggu tidur isterinya.

Dengkurannya sangat kuat sehingga dapat didengari melalui pintu tertutup dan menyebabkan isterinya mengalami insomnia yang teruk. Akhirnya, isterinya tidak lagi dapat menahan penderitaan mendengar dengkuran itu, lalu telah meminta suaminya mendapatkan rawatan perubatan, di mana dia telah didiagnos dengan masalah tidur apnea.

SimpleNews / Gambar Hiasan

Doktor mengatakan bahawa kesannya boleh menjejaskan hubungan antara suami dan isteri yang mana selalunya, seseorang yang mempunyai pasangan yang kuat berdengkur adalah tiga kali lebih kebarangkalian mengalami insomnia daripada orang biasa.

Pengerusi Taiwan Society of Sleep Medicine itu turut menambah bahawa ini boleh dianggap sebagai penderaan secara psikologi kerana tidur mereka telah terganggu sepanjang malam.

Beliau mengesyorkan bahawa mereka yang berdengkur perlu mendapatkan nasihat perubatan secepat mungkin kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

WebMD mengatakan bahawa risiko kesihatan yang berkaitan dengan dengkuran ketika tidur termasuk tekanan darah tinggi, peluang yang lebih tinggi untuk menderita serangan jantung atau strok, sakit kepala yang kronik dan keletihan melampau.

KitchenDecor / Gambar Hiasan

Berdengkur boleh jadi menjengkelkan kepada mereka yang mempunyai perhubungan berpasangan. Adalah lebih baik untuk anda membincangkan bagaimana untuk menangani dan menyelesaikan masalah ini terutama sekiranya ia mengganggu corak tidur orang lain.

Sumber : China Press, World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular