Anda masih mengalami ‘demam’ Avengers: Endgame? Pasti ramai juga yang mula menggunakan kata-kata daripada si comel Morgan iaitu ‘I love you 3000’.

Kesemua watak pastinya meninggalkan kesan kepada mereka yang menonton kerana setiap satu daripada mereka mempunyai keistimewaan dan perwatakan yang tersendiri.

BoundingIntoComics

Watak Dr Strange antara watak kegemaran ramai membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu akan kehadirannya di dalam episod akhir filem tersebut.

Pelakon Benedict Cumberbatch yang membawa watak tersebut baru-baru ini dikatakan telah menjadi pencerita (narrator) untuk sebuah dokumentari secara percuma!

Dokumentari yang akan datang itu dibuat untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit neurodegenerative dan dia telah bersetuju untuk melakukannya tanpa sebarang bayaran.

Dokumentari berjudul ‘There’s A Hole in the Bucket’ itu dibuat berdasarkan perjalanan Tolkien untuk memenuhi semua hasrat abangnya, Mike yang sedang sakit dan teknik penceritaan adalah elemen yang sangat penting di dalam dokumentari tersebut.

Oleh kerana bajet pembuatan dokumentari tersebut agak tinggi, maka Tolkien memerlukan sokongan daripada nama-nama yang besar.

“Pada saat-saat pemergiannya, Mike memberitahu saya bahawa dia telah meninggalkan senarai 50 cabaran yang perlu saya lakukan di seluruh dunia,” kata Tolkien.

Royd Tolkien (kanan) bersama kakaknya, Mandy ketika Mike sakit. / The Independent

“Benedict sebelum ini sedar akan kekuatan abang saya berjuang dengan penyakitnya. Pada tahun 2014 saya telah menganjurkan persembahan amal The Hobbit bagi pihak abang saya, dan Benedict menyertai para pelakon yang lain untuk merekod ucapan untuk majlis tersebut,” beritahu Royd Tolkien kepada Screen Daily.

Jadi, untuk menjayakan dokumentari tersebut dia telah menghantar e-mel kepada pelakon kegemarannya itu utuk meminta bantuannya.

Menurut Express.co.uk, purata bayaran filem kepada pelakon Benedict Cumberbatch ini dikatakan mencecah sehingga £ 7.5 juta atau sekitar RM 40 juta.

Wikimedia

Tolkien tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan kerana dia sendiri tahu bahawa pelakon itu begitu sibuk dengan projeknya lain dalam pada masa yang sama.

Namun, siapa sangka pada hari yang sama dia menghantar e-mail tersebut dia menerima balasan daripada Cumberbatch yang mengatakan bahawa dia bersetuju dengan permintaan tersebut.

Tidak seperti kebanyakan selebriti yang lain, rata-rata mahu mendapat pendedahan daripada media akan amal atau kebajikan yang mereka lakukan. Namun, sebaliknya berlaku kepada Cumberbatch kerana dia melakukannya secara rahsia.

Wikipedia

Salah satu watak terkenal lain yang dilakonkan oleh Cumberbatch ialah wataknya sebagai Stephen Hawking dalam biografinya, dan selepas itu dia menjadi duta bagi Motor Neurone Disease Association.

Sumber: Express.co.uk | The Screen Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular