Insiden kemalangan jalan raya boleh mencetuskan perkara paling buruk. Bukan sahaja jadual anda menjadi punah, tetapi juga membabitkan kehilangan wang, dan anda juga perlu bersedia untuk berhujah serta bertelagah sekiranya pihak yang satu lagi tidak mahu bekerjasama. Tetapi insiden kemalangan ini membuktikan sebaliknya.

Baru-baru ini, Dr Aniah berkongsi pengalamannya di mana beliau telah terbabit dalam kemalangan kereta ketika secara tidak sengaja telah tertidur semasa memandu di satu persimpangan lampu isyarat lalu melanggar sebuah kereta yang berada di hadapan.

Dr Aniah Azmi/ Facebook

Dr Aniah berasa kagum dengan reaksi pemilik kereta di hadapannya yang bernama Dr Loges. Beliau menulis di halaman Facebook,

“Kami berdua memandu di jalan raya yang kurang sibuk, beliau telah turun dan bersalam dengan saya sambil memperkenalkan dirinya. Saya mengakui yang saya telah tertidur dan meminta maaf kepadanya. Beliau berkata beliau memahami betapa letihnya saya kerana hari itu adalah hari pertama Ramadan.”

Dr Aniah menulis, selepas itu Dr Loges telah mencadangkan agar dirinya pulang ke rumah terlebih dahulu dan membuat laporan polis kemudian bagi membolehkannya berada di rumah untuk berbuka puasa mengikut masanya. Sikapnya sungguh bertimbang rasa dan prihatin!

Dr Aniah kemudian menghantar mesej untuk meminta maaf dan bagaimana Dr Loges menjawab membuatnya terasa begitu tersentuh. Dr Loges berkata bahawa beliau memahami punca kemalangan itu dan turut mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa”.

Dr Aniah Azmi/Facebook

Ia adalah satu cara paling baik untuk bertindak balas ketika berhadapan situasi tertekan. Ada antara kita yang mungkin menjerit di antara satu sama lain, tetapi Dr Loges sangat tenang dan memahami. Di balai polis, mereka telah menyelesaikan masalah tersebut dan kini telah menjalinkan ikatan persahabatan yang baru.

Dr Loges membalas post Dr Aniah di Facebook dengan memberi komennya. Beliau menulis, “Seperti yang dikatakan oleh orang, ia memerlukan dua orang untuk menari tango. Saya tidak boleh mengambil kredit di atas kesemuanya. Anda boleh menyumbang sebahagian besar daripadanya dengan menjadi diri sendiri yang asli dan saya hanya mahu membina rantaian itu.”

Dr Aniah Azmi/ Facebook

Sikap toleransi dan saling memahami yang ditunjukkan oleh kedua-dua doktor ini memberi nafas baru dan udara segar ketika kesemua perkara negatif yang sering diketengahkan pada hari ini.

Kita harus belajar daripada mereka bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah ialah melalui ketenangan dan belas kasihan, dan dari situ akan datang hikmah, malahan ikatan persahabatan yang baru pula akan turut terbina.

Sumber : World of Buzz , Dr Aniah Azmi/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular