Pablo Escobar pernah berkata, “Setiap orang mempunyai harga, apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah ia.” Nampaknya untuk anjing pengawal sudah diketahui harganya iaitu sogokan tulang rusa. Dalam satu post di Twitter yang menjadi tular, @JesseNeon telah berkongsi bahawa haiwan yang sepatutnya menjadi sahabat baik dan setia kepada manusia, mempunyai hakikat sebenar bahawa mereka tidaklah setia seperti yang disangka.

Menerusi gambar-gambar yang telah dimuat naik oleh netizen dari Ontario, Kanada ini, beliau menjelaskan bahawa dalam tiga insiden berasingan, anjing pengawalnya yang lembut hati bernama Brickleberry telah menerima sogokan tulang daripada encik beruang yang licik sebagai pertukaran untuk menyelongkar sampah di rumah mereka.

Twitter pemilik anjing pengawal ini menjadi tular selepas mendedahkan si comel menerima ‘sogokan’ daripada encik beruang.

@JesseNeon/Twitter

Jesse Neon menulis anjingnya yang bernama Brickleberry sebenarnya bukan anjing pengawal yang sangat baik, kerana dia telah membiarkan beruang memboloskan diri ke dalam rumah mereka untuk menyelongkar tong sampah dengan pemberian balasan tulang rusa.

@JesseNeon/Twitter

Brickberry atau nama manjanya ‘Brick’ boleh dilihat di sini amat gembira menikmati ‘sogokan’ itu. Menurut pemiliknya dia sangat lincah, riang dan baik dengan semua orang. Dia sangat hebat apabila bermain dengan anak-anak dan nampaknya tidak terkecuali bersama beruang juga. Jesse membesarkan Brick setelah ibunya meninggal dunia beberapa hari selepas dia dilahirkan.

@JesseNeon/Twitter

Bukti dari tempat kejadian jenayah apabila sampah sarap dilihat bertaburan angkara penceroboh yang licik. Muat naik gambar di Twitter ini telah mengumpulkan lebih daripada 80,000 tweet. Siapa sahaja yang tidak suka atau tidak tertarik dengan cerita jenayah?

@JesseNeon/Twitter

Ia menjadi jelas kepada Jesse sekarang bahawa Brick akan dipecat daripada tugasnya sebagai pengawal berkuat kuasa serta-merta.

Brick bukan anjing pengawal terbaik tetapi pemiliknya memberi jaminan bahawa dia masih menjadi anjing peliharaan dan teman setia terbaik.

@JesseNeon/Twitter

Para pakar mengatakan bahawa beruang hitam kurang konfrontatif berbanding beruang grizzly dan beruang kutub disebabkan bagaimana mereka berevolusi.

“Beruang hitam membiak dan hidup di kawasan hutan tebal dan boleh melarikan diri ke puncak pokok, jadi mereka tidak perlu membela diri,” kata Chris Morgan, ahli ekologi beruang yang menulis buku “Bears of the Last Frontier”.

@JesseNeon/Twitter

Brick mungkin berpendapat beruang hitam ini sangat comel dan boleh dibuat kawan, maka dia telah melepaskan mereka untuk membongkar tong sampah tuan rumah. Mereka sangat baik kerana selalu datang dengan membawa ‘hadiah’. Maka apa salahnya!

Sumber : Bored Panda , @JesseNeon/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular