Star Wars adalah antara filem yang diminati oleh ramai orang. Peminatnya bukan sahaja terdiri dari golongan muda malah golongan tua juga.

Seorang ayah memutuskan untuk mengejutkan anaknya yang berusia 2 tahun bangun daripada tidur dengan berpakaian Darth Vader.

Si ayah menyediakan semua keperluan seperti seluar hitam, kasut hitam, gloves hitam, baju lengan panjang hitam dan lain-lain supaya kelihatan benar-benar seperti Darth Vader.

Namun apa yang paling penting menurut ayah ini ialah, mendapatkan kebenaran dari si ibu untuk dia meneruskan ‘prank’ buat anak mereka, Sebastian.

Sebaik sahaja lengkap berpakaian seperti Darth Vader, si ayah masuk ke bilik anaknya dan berdiri di hujung katil. Dia memang benar-benar kelihatan seperti Darth Vader!

Dengan menggunakan lightsaber, ‘Darth Vader’ cuba mengejutkan Sebastian. Sebaik sahaja Sebastian terbangun, dia terus mengambil lightsaber yang berada di sisinya dengan tujuan untuk mematahkan serangan Darth Vader.

Nampaknya Sebastian telah bersedia lebih awal dan tahu apa yang perlu dilakukan jika dia diserang ‘musuh’.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian Sebastian keletihan, lalu mengambil sebuah buku dan memberikan kepada ‘Darth Vader’.

Dia meminta ‘musuhnya’ itu membacakan buku tersebut untuknya sebagai tanda ‘pendamaian’. Akhirnya si ayah mengalah dan membacakan buku tersebut untuk anaknya. Memang melucukan!

Mari tonton video ‘prank’ Darth Vader (si ayah) dan anaknya yang ternyata sungguh melucukan!

TheRebelRave|YouTube

Sumber: HAPPIEST

Maybe you're interested :

Share

Video Popular