Setiap yang hidup di dunia ini pasti akan meninggalkan insan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan. Dan, bagi insan yang ditinggalkan, hanya kenangan sahaja yang dapat dikenang dan disimpan sebagai memori terindah.

Begitu jugalah yang dilalui oleh adik beradik dari Changhua, Taiwan ini. Jia Jia Wu (kiri) dan kakaknya kehilangan datuk kesayangan mereka yang berusia 77 tahun kerana serangan jantung.

Jia Jia Wu

Selepas pemergian datuk mereka, mereka memutuskan untuk menghasilkan sebuah album foto mendiang datuk mereka tetapi mereka menyedari bahawa mereka tidak mempunyai banyak gambar mendiang.

Jia Jia Wu

Oleh sebab itu, mereka memutuskan untuk melayari laman Google Street View untuk melihat kemungkinan mereka menemui imej mendiang datuk mereka. Dan dengan tidak disangka-sangka, mereka menemui gambar mendiang datuk mereka.

Google Street View

“Saya tidak dapat berhenti menangis ketika saya melihatnya,” Wu memberitahu BuzzFeed News. “Saya terus berfikir tentang bagaimana saya bercakap dengannya beberapa hari yang lalu, dan bagaimana semua perkara ini terasa seperti tidak berlaku.”

Google Street View

Wu berkata bahawa dia melayari laluan yang digunakan oleh mendiang datuknya pada setiap hari di Google Street View dan akhirnya menemui gambar susuk tubuh mendiang datuknya yang sedang mengangkut sayuran dan dalam perjalanan untuk memberi makan kepada itik dan ayam yang dibela.

Wu kemudian berkongsi kisahnya di laman Facebook Taiwan yang terkenal, di mana kisahnya itu telah menerima hampir 10,000 sukaan.

Jia Jia Wu

“Datuk telah meninggalkan kami pada tiga hari yang lalu, kami cucunya mencari foto untuk membuat album, jadi kami fikir mungkin kami akan menemuinya di Google Street View, saya tidak percaya, tetapi dia ada! Datuk sedang mengangkut sayuran untuk memberi makan kepada ayam dan itik. Air mata saya tidak dapat ditahan langsung,” tulisnya.

Wu berkata bahawa dia tidak mempunyai apa-apa foto dengan datuknya, dan dia jarang bertemu dengannya selepas berpindah ke bandar lain sesudah berkahwin.

Jia Jia Wu

Dia berkata bahawa mendiang datuknya menghabiskan masa dengan bertani dan menjaga anjing-anjing liar, serta menaiki skuternya di kampung halaman mereka.

“Datuk saya sangat menyayangi saya, dan dia juga sangat sayang kepada anak perempuan saya,” katanya.

Jia Jia Wu

Wu berkata dia tidak mengharapkan kirimannya menjadi tular, sambil menambah bahawa dia masih belum membaca komentar yang ditulis oleh pengguna internet yang lain kerana bimbang akan berasa sedih.

Sumber: BuzzFeed News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular