Ibu bapa pada zaman ini menghadapi satu cabaran dalam membesarkan anak-anak. Seperti yang kita sedia maklum, rata-rata ibu bapa tidak pasti jika tindakan mereka memberikan anak-anak mereka menggunakan peranti dan gajet merupakan satu tindakan yang betul ataupun salah.

Jika diberikan gajet, risau ia mula menjadi tidak terkawal dan hidup mereka akan bergantung sepenuhnya kepada gajet sahaja dan jika tidak diberikan langsung, maka mereka dikhuatiri akan hidup seperti katak di bawah tempurung pula.

Dalam pada itu, ada juga segelintir ibu bapa yang memberikan anak mereka gajet bagi mendiamkan mereka daripada membuat bising, lebih-lebih lagi jika berada di tempat awam.

Hal yang berbeza diamalkan oleh selebriti terkenal, Haniz Zalikha apabila dia yang merupakan ibu kepada Yusuf Iskandar menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anaknya – iaitu dengan menjauhkan Yusuf daripada sebarang gajet bagi menghindarkan penggantungan anak kesayangannya terhadap gajet.

Hanis Zalikha|Instagram

Hanis enggan memberikan akses terhadap gajet kerana menurut pembacaannya, Bill Gates dan beberapa pelopor teknologi yang lain hanya memberikan anak-anak mereka menggunakan gajet setelah mencapai umur 14 tahun, walaupun merekalah yang mencipta teknologi canggih yang kita semua gunakan ini.

Mereka juga beranggapan bahawa gajet dan peranti teknologi yang lain adalah sangat berbahaya khususnya kepada kanak-kanak.

Akan tetapi, adakah anda takut anak anda ketinggalan? Menurut Hanis lagi, tiada formula tertentu yang benar-benar terbukti selamat dalam pada menyediakan masa depan kepada anak-anak. Jika mahu mendidik anak mengikut zaman, risau pula kerana kita berada dalam zaman yang menakutkan.

Hanis Zalikha|Instagram

“Ramai yang tanya pendirian kami terhadap Yusuf mengenai gajet. Sama seperti ibu bapa yang lain, kami masih mencari cara untuk mengatasinya. Pada mulanya, gunakan cara ini, kemudian cuba cara yang lain pula. Namun setakat ini, kami hanya membenarkan Yusuf menonton TV”, tambahnya.

Yusuf pula suka tonton Baby TV di mana ia banyak mengajar tatabahasa yang bagus pada saluran berkenaan.

Perkongsian Hanis berkaitan dengan isu ini telah menerima pelbagai respon daripada pengguna alam maya yang rata-ratanya menyokong kaedahnya ini. Berikut merupakan antara komen yang diterima:

Berdasarkan pandangan oleh beberapa netizen di atas, menghindarkan anak-anak daripada bergantung kepada gajet semata-mata adalah pilihan terbaik untuk mereka daripada menyesal kemudian hari.

Sumber: Hanis Zalikha

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular