Kisah mengenai burung raven banyak diceritakan secara turun temurun mengikut pelbagai budaya dan tradisi, bermula kisah benar anak-anak Nabi Adam, mitologi Odin of Norse sehingga puisi Edgar Allan Poe. Burung raven sangat pintar kerana ada yang boleh mengingati wajah manusia dan mampu berhayat hidup selama 21 tahun.

Mampu hidup sehingga 21 tahun merupakan usia yang agak panjang bagi spesies burung. Burung raven paling terkenal dengan rupanya yang hitam berkilat. Tetapi satu subspesies yang jarang berlaku iaitu burung raven putih membentuk sebahagian daripada keseluruhan mitos yang lain.

Mike Yip

Burung raven putih dikaitkan dengan kisah mitos dan legenda. Menurut kisah puak Indian Amerika, burung raven putih membantu manusia menemui api, sebelum dia menjadi hitam kerana pengorbanannya untuk manusia. Oleh itu, penampakan burung raven putih yang jarang berlaku sering dikaitkan dengan tipu muslihat serta kisah mitos.

Mike Yip

Walau bagaimanapun, seorang jurugambar telah menemui spesies burung raven putih yang menjadi kisah dongeng dan mitos itu, di Pulau Vancouver di British Columbia, Kanada. Mungkin kisah legenda ini adalah benar …

Mike Yip

Jurugambar tempatan bernama Mike Yip telah mengikuti jejak keluarga burung raven putih selama beberapa tahun. Jurugambar ini telah merakamkan spesies burung raven putih di dalam habitat semulajadi mereka, dan imej-imejnya agak unik daripada spesies burung itu sendiri.

Mike Yip

Mike Yip mula berkongsi fotografi burung pada tahun 2004. Katanya kepada Reshareworthy, “Selepas itu saya telah membina reputasi sebagai ‘birdman’ tempatan dan orang ramai mula menghubungi saya mengenai penemuan burung yang aneh.”

Mike Yip

Tetapi selepas dikenali dengan reputasinya, Mike menerima panggilan mengenai penampakan burung aneh burung raven putih. Kata Mike, “Pada mulanya saya fikir burung ini hanya ayam, tetapi ketika memfokuskan kamera, saya melihat bahawa mereka adalah burung raven putih. Saya berasa amat teruja sehingga hampir terlupa untuk mengambil gambar.”

Mike Yip

Pada tahun berikutnya Mike Yip menerima panggilan lagi. Kali ini daripada seorang rakan. Terdapat lebih banyak penampakan, dan kali ini burung raven putih yang lebih berani.

Mike Yip

Mike mengambil dan merakamkan beratus-ratus gambar hebat burung legenda burung raven putih dan menyaksikan mereka bermain dengan gembira di habitatnya.

Mike Yip

Jika difikirkan secara teknikal dan saintifik, spesies burung raven putih ini sebenarnya mengalami kelainan genetik yang jarang berlaku dikenali sebagai leusisme di mana haiwan mengalami pengurangan semua jenis pigmen dalam kulit yang bukan sekadar kekurangan melanin seperti albinisme.

Mike Yip

Akan tetapi oleh kerana sudah menjadi lumrah, manusia lebih suka memikirkan burung raven putih ini sebagai perkara mistik dan mitologi. Tetapi apa yang pasti spesies burung raven putih agak unik dan cantik.

Sumber : Happiest , Reshareworthy , Mike Yip/Vancouver Island Birds

Maybe you're interested :

Share

Video Popular