“Emmm… sedapnya bau biskut Famous Amous ni, memang menggugat jiwa!” Anda pasti tidak terlepas daripada menghidu haruman biskut dari kiosk Famous Amous ketika berkunjung ke pasar raya bukan?

Sudahlah baunya harum, rasanya pula sangat enak. Kalau beli, agak mahal harganya. Apa kata kali ini anda cuba buat sendiri biskut kegemaran ramai ini. Resipi yang dikongsi oleh Deria Yaya Aryuda ini nampaknya mudah untuk dibuat. Mari cuba.

Deria Yaya Aryuda/Facebook

Bahan-bahan:

Bahan A

  • 250 gram butter
  • 1 1/2 sudu gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

  • Tepung gandum 2 1/2 cawan
  • Tepung jagung 2 1/2 cawan
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan C

  • 6 sudu besar minyak masak
  • 2 cawan cip coklat
  • Kacang (jika suka)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam bekas dan gaul rata. Tidak perlu memukul adunan sehingga kembang.

Cooking For Engineers/Gambar Hiasan

2. Setelah adunan rata, masukkan semua bahan B dan gaul rata.

3. Masukkan bahan C dan gaul lagi.

4. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

5. Keluarkan dari peti ais dan bentukkan adunan tersebut dengan menggunakan sudu kecil (seperti sudu KFC).

6. Bakar di dalam ketuhar dengan menggunakan api atas bawah pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit. Jika anda suka biskut yang lebih garing, lebihkan sedikit masa membakar.

Gambar Hiasan

Mudah bukan resipi ini. Jangan lupa untuk mencubanya.

Sumber: Deria Yaya Aryuda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular