Ternyata pasu bukan tempat yang terbaik untuk sembunyikan wang. Seorang gadis kecil secara tidak sengaja memecahkan pasu besar di rumahnya dan rahsia simpanan wang bapanya selama ini telah terbongkar.

China Press

Menurut China Press, kejadian lucu ini berlaku di Guangxi, China baru-baru ini (Mei 2019). Difahamkan kejadian itu berlaku pada satu pagi, apabila anak kecil itu sedang bermain di ruang tamu sementara ibunya berada di bilik tidur yang baru sahaja bangun daripada tidur.

“Saya duduk di atas katil ketika itu dan tiba-tiba, saya mendengar bunyi kuat yang datang dari ruang tamu. Saya segera bergegas ke luar. Kemudian saya melihat pasu telah pecah dengan banyak wang di dalamnya.

“Saya menghantar mesej kepada suami saya dan memintanya pulang. Ekspresi wajahnya berubah ketika dia masuk ke dalam rumah,” kata isterinya.

Isterinya menambah bahawa dia seluruh paginya dihabiskan dengan mengira wang itu, dan jumlah wang simpanan tersebut adalah 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000).

China Press

Rupa-rupa, suaminya telah mula menyimpan wang itu sejak 13 tahun yang lalu, sejak tahun 2006 selepas pasangan itu membeli rumah tersebut.

Selepas rahsia simpanan wangya itu terbongkar secara tidak sengaja, si suami tidak memarahi anak dan isterinya. Bukan sahaja dia tidak marah, bahkan isterinya mendapati perkara tersebut lucu.

Sumber: China Press

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular