Pembelajaran muzik adalah mengenai cara berkomunikasi, mengekspresikan diri dan menikmati keseronokan. Instrumen muzik terbaik untuk kanak-kanak boleh mempromosikan kemahiran mendengar dan memberi tumpuan. Juga, dengan memainkan instrumen muzik, ia akan dapat meningkatkan harga diri dan keyakinan.

Menurut Dekan Sekolah Muzik Thornton, Universiti California Selatan, Dr. Robert A. Cutietta, menentukan alat muzik yang sesuai dengan bakat anak adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan mereka yang berterusan dalam bidang muzik. Jadi, jika anda tidak pasti bagaimana untuk mendedahkan anak anda dengan permulaan muzik, panduan di bawah sedikit sebanyak dapat membantu.

Hear The Music Play/ Gambar Hiasan

Mengapa senarai ini boleh dipercayai?

Pengasas dan pengusaha rangkaian kedai muzik dan penulis yang mengulas 200 alat muzik yang berbeza untuk kanak-kanak yang boleh dijual secara atas talian, Sammy Ash telah melakukan lebih daripada 30 jam penyelidikan ke atas faktor-faktor yang menyumbang kepada pemilihan alat muzik terbaik untuk kanak-kanak.

Sammy Ash pernah memainkan tujuh instrumen muzik termasuk ‘keyboard’, rekoder, kecapi, okarina, trompet, bariton, dan tuba. Sammy membesar di dalam rumah yang dipenuhi dengan alat muzik di mana dia mula bermain alat muzik pada usia 4 tahun, dan sememangnya dia amat layak untuk membentangkan maklumat ini.

Pemilihan instrumen muzik yang betul untuk anak anda.

Japan Times/Gambar Hiasan

Sekiranya anda memulakan pemilihan instrumen muzik yang salah buat anak anda, mereka mungkin tidak mahu memainkan sebarang instrumen sama sekali di masa hadapan. Kunci pembelajaran untuk kanak-kanak ialah membantu mereka berasa selesa dan seronok dengan proses itu. Sekiranya anda boleh memilih alat muzik yang terbaik untuk kanak-kanak, prestasi muzik yang menyeronokkan dan gembira dapat diikuti seumur hidup.

Lima faktor berikut boleh membuat perbezaan dalam pemilihan alat muzik buat anak-anak anda.

#1. Umur anak anda: Apakah usia muda untuk terlalu muda?

Classical915/ Gambar Hiasan

Di bawah usia 2 tahun, alat muzik terbaik untuk kanak-kanak adalah mainan khas untuk bayi dan kanak-kanak seperti dram kecil, marakas, atau piano mainan. Kanak-kanak kecil masih tidak memahami konsep muzik dengan baik, jadi biarkan mereka berseronok dengan mainan muzik untuk kanak-kanak.

Dr. Cutietta mengatakan bahawa jika anak anda berusia antara 2 hingga 4 tahun, fahami tujuan anak anda untuk mempelajari muzik. Pembelajaran anak kecil sepatutnya hanya perlu bersantai menurut saiz dan stamina mereka. Manakala menurut Sammy Ash, instrumen muzik yang paling biasa untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun ialah ‘keyboard’ dan biola kerana instrumen ini membantu membina asas dan konsep muzik.

Pinterest/Gambar Hiasan

Walaupun anak anda tidak kekal dengan instrumen pertama, mereka akan dapat memilih yang lain di kemudian hari. Biarkan anak anda mengetahui asas-asas muzik bagi memudahkan mereka untuk mempelajari instrumen lain. Kebanyakan instrumen yang ditiup seperti trompet dan tiub tidak sesuai dengan kanak-kanak kecil kerana mereka memerlukan paru-paru yang lebih besar untuk menolak udara.

Walau bagaimanapun, dua alat instrumen pemula yang baik adalah seperti flut dan gendang. Berjuta-juta kanak-kanak bermula dengan seruling atau klarinet, dan ramai lagi yang bermula dengan gendang atau dram.

#2. Saiz dan berat instrumen: Berapa besar untuk terlalu besar?

It’s Peachy Keen / Gambar Hiasan

Menurut penulis dan pelatih persembahan, Ruth Bonetti, kegusaran dan kekecewaan akan terbina apabila anak-anak mula mempelajari muzik dengan bermain instrumen yang terlalu besar. Dia juga menyatakan bahawa alat muzik yang tidak sesuai untuk kanak-kanak boleh menyebabkan tekanan, keletihan, kekecewaan, dan juga ketegangan otot.

Dengan mengambil kira berat badan, seorang kanak-kanak boleh memegang alat berat selepas beberapa saat, tetapi tidak melebihi 30 minit ketika berlatih. Instrumen tembaga dan beberapa instrumen muzik kayu bertali yang lebih besar menjadi sukar untuk anak anda menahan berat menurut saiz fizikal badan mereka dan jangkauan yang diperlukan untuk mengendalikannya. Instrumen ini termasuk tuba, trombon, saksofon, basun dan kecapi (harp).

BBC /Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, beberapa instrumen datang dalam saiz yang lebih kecil, terutama untuk pendedahan muzik pertama buat kanak-kanak. Sebagai contoh, biola datang dalam enam saiz antara 4/4, yang bersaiz penuh hingga 1/16 untuk kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun. Mencari saiz instrumen yang sesuai untuk anak anda adalah penting kerana mereka tidak akan menikmati keseronokan bermain instrumen muzik sekiranya ia terlalu besar atau berasa terbeban dengan beratnya.

#3. Bunyi dan pengeluaran bunyi: Adakah ia menarik perhatian anak anda?

Reading Rockets/Gambar Hiasan

Pengeluaran bunyi alat muzik juga memainkan peranan. Anak anda tidak akan berusaha memainkan instrumen jika mereka tidak menyukai bunyinya. Sebagai contoh, jika anak anda suka cara rekoder berbunyi dan menikmati untuk menutup dan membuka lubang dengan jari-jemari sambil meniup untuk menghasilkan muzik, itu adalah instrumen pilihan terbaik buat mereka. Yang penting ialah mereka menikmati untuk bermain instrumen tersebut.

#4. Adakah faktor jantina menentukan instrumen muzik untuk kanak-kanak?

world.wng.org/Gambar Hiasan

Kebanyakan orang tidak mengetahui jantina itu juga boleh menjadi faktor. Tetapi sebenarnya, sesetengah ibu bapa dan guru mendorong stereotaip itu ke atas kanak-kanak pada setiap masa. Flut dan klarinet, selalunya sering dimainkan oleh anak gadis, sementara anak lelaki biasanya bermain trompet dan saksofon. Walau bagaimanapun, kini stereotaip seperti ini sudah mula beransur untuk tidak dipedulikan.

Ini adalah subjek kontroversi dan sesetengah orang merasakan sudah tiba masanya untuk berhenti dengan stereotaip. Oleh itu, biarkan anak anda memilih alat muzik yang mereka sukai, tidak kira apa yang orang lain fikirkan. Kini ramai anak perempuan yang bermain dram manakala anak lelaki bermain seruling. Sekiranya anda merasakan bahawa stereotaip menggoncang anak anda kepada arah tertentu, dorong anak anda untuk mempertimbangkan semua instrumen terbaik buat diri mereka.

#5. Mengapa membiarkan anak anda memilih instrumen muzik sendiri adalah penting?

Japan Times/ Gambar Hiasan

Faktor terakhir dalam memilih alat muzik terbaik untuk anak-anak adalah membiarkan mereka untuk membuat keputusan. Jadi, biarkan anak anda membuat pilihan apabila mereka melakukan sesi percubaan atau belajar lebih lanjut tentang alat muzik. Banyak kedai dan sekolah muzik akan membolehkan anak anda memasuki kedai muzik dan kelas untuk sesi percubaan. Sesi ini amat penting apabila mereka dapat memerhatikan seberapa banyak alat muzik yang mereka suka dan mahu mencuba dalam waktu yang ditetapkan.

Sebagai contoh, Sammy Ash mengatakan kedai muziknya akan menyediakan sesi satu jam sebelum kedai dibuka. Dengan cara ini, kanak-kanak boleh pergi dari satu sudut ke satu sudut dan mengalami sendiri percubaan menggunakan instrumen. Juga, ini adalah satu langkah penting jika anda turut bimbang tentang kos alat muzik kanak-kanak. Pada masa ini, anak-anak boleh memilih yang paling murah untuk rekoder kepada lebih mahal untuk kecapi.

Doe A Deer / Gambar Hiasan

Sekiranya anda tidak dapat menyediakan sesi percubaan untuk anak-anak, lawat kedai muzik tempatan anda untuk melihat alat muzik yang disukai. Kadang-kadang, kanak-kanak akan melihat pelbagai alat muzik yang dipamerkan dan secara semula jadi akan tertarik ke arah alat muzik tertentu. Jika tidak, beri peluang anak-anak untuk mendengar pelbagai instrumen yang dimainkan di orkestra atau persembahan muzik dan biarkan mereka membuat pilihan sendiri.

Piedmont Parent/ Gambar Hiasan

Perkara yang perlu difikirkan oleh ibu bapa dalam pemilihan instrumen muzik buat anak-anak ialah mereka perlu berasa amat seronok untuk bermain dan boleh pergi lebih jauh dengan bakat yang ada. Muzik itu adalah bahasa indah dan universal yang semua orang di seluruh dunia boleh memahami dan merasainya, jadi keseronokan dan kegembiraan dalam menghasilkan muzik di dalam kehidupan anak-anak itu merupakan satu penerapan yang paling penting.

Sumber : Hear The Music Play

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular