Celine Chasteen dan rakannya sedang melakukan paddleboarding di Jupiter, Florida ketika seekor manatee datang untuk menyertai mereka. Manatee ialah mamalia air yang besar dari keluarga Sirenia yang sama seperti dugong atau dikenali sebagai ‘lembu laut’.

Chasteen dan rakannya begitu teruja dengan kehadiran manatee itu dan terus mendayung. Manatee merupakan haiwan yang semakin terancam dan itu bermaksud anda tidak boleh mengganggu, menyentuh atau mengikuti mereka jika anda melihatnya.

Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida memuji tindakan Chasteen dan rakannya terhadap makhluk tersebut. Mereka tertawa dan teruja dengan kehadiran haiwan itu tetapi tidak menyentuhnya.

Sebenarnya, ada seorang penonton yang mengulas mengenai video itu dengan mengatakan, “baguslah mereka tidak menyentuhnya, cuba melompat (atau) cuba menunggangnya dan hanya menikmati saat ini”.

Nasib baik, rakan Chasteen berjaya merakam pertunjukan yang jarang berlaku itu untuk simpanan mereka buat selamanya. Walaupun teruja dengan pengalaman berharga seperti itu namun mereka masih mampu mengawal diri daripada menyentuh manatee.

Mari lihat video rakaman manatee menyertai Chaseen dan rakannya mendayung.

Sumber: INSPIRE MORE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular