Bagaimana agaknya cara sesetengah individu menjadi popular di internet? Kita kini hidup dalam era di mana keseluruhan jenama dibina menerusi laman media sosial.

Sebagai contoh, syarikat minyak wangi membayar Kim Kardashian berjuta-juta bagi mengiklankan produk mereka di Instagram.

Para pengguna YouTube yang terpilih pula diberikan acara karpet merah. Jadi, apa yang menjadi daya penarik untuk mereka ini menjadi terkenal ya? Jika menyentuh perihal kucing, terdapat seekor kucing yang berjaya mencuri perhatian melalui media sosial. Inilah Lotus – seekor kucing baka Maine Coon gergasi yang disayangi ramai.

happiest

Lihatlah saiznya yang begitu besar. Pada umur tahun, Lotus sudah mencapai berat sebanyak 22 paun (9.9 kilogram) dan daripada fizikalnya, Lotus sememangnya terdiri daripada 90% gebu.

Lotus mampu meregangkan otot dan memanjangkan badannya sehingga ia menutupi keseluruhan panjang sofa dan nampaknya ia merupakan posisi berbaring kegemarannya.

happiest

Sama seperti namanya, Maine Coon gergasi boleh ‘membesar’ dengan baik dan Lotus nampaknya merupakan spesimen yang sememangnya besar. Secara puratanya.

Maine Coon gergasi membesar sehingga lebih kurang dalam 13-18 paun (5-9 kilogram) dan Lotus pula terlebih besar sebanyak 20%. Saiz mereka yang besar bermakna mereka sangat sukakan suhu yang dingin dan sejuk – musim salji dan mereka juga sukakan air, tidak seperti kebiasaan kucing yang lain.

Tapak tangan dan kakinya hampir sama saiznya dengan tangan manusia namun ini tidak bermakna bahawa Lotus merupakan kucing yang ganas, sebaliknya Lotus lembut dan manja.

happiest

Lotus amat suka apabila dipeluk dan dia menghasilkan dengkuran manjanya itu apabila berasa gembira. Tidak kiralah sama ada di dapur mahupun di luar, Lotus sangat menikmati dirinya semaksimum mungkin.

happiest

Malah ramai orang yang sukakannya, Lotus mempunyai seramai 200,000 pengikut di Instagram dengan menggunakan nama @lotus_the_mainecoon.

happiest

Apa yang lebih penting adalah dapat melihat foto yang menunjukkan kegembiraan terpampang pada wajahnya. Ia seakan memberi satu kelegaan. Walaupun bersaiz besar, Lotus masih lagi comel dan aksinya itu membuatkan orang ramai menyayanginya sekaligus menjadikannya popular.

happiest

Lihatlah wajahnya yang polos itu. Sememangnya, Lotus merupakan seekor kucing yang berpengaruh khasnya di alam maya.

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular