Kasihnya ibu akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya, terutamanya dalam memastikan mereka terus dibekalkan dengan keperluan asas.

Seorang lelaki telah terserempak satu kejadian menunjukkan kasih ibu yang tidak terhad meliputi semua makhluk bernyawa, apabila melihat satu perjalanan luar biasa yang dibuat oleh ibu ini di bawah sinar terik matahari.

Seekor anjing melangkah dengan semangkuk makanan di mulutnya, jadi lelaki ini memutuskan untuk mengekori dengan keretanya. Perjalanan panjang yang dibuat oleh anjing ini cukup mengagumkan, dan dia menunggu untuk melihat sebab kepada pengakhiran destinasi anjing ini.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Yusuf Kılıçsarı, yang membantu anjing-anjing terbiar di Turki, melihat seekor anjing jalanan yang berjalan laju di tepi jalan yang secara jelas mempunyai misi.

Yusuf Kılıçsarı memutuskan untuk mengekori dan mengikuti perjalanan itu.

Anjing ini sedang menggonggong erat semangkuk makanan di dalam mulutnya sehingga Yusuf memutuskan untuk mengikutinya dan merakamkan keseluruhan kejadian tersebut.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Dengan mengekori anjing ini, Yusuf dibawa dalam perjalanan yang jauh di bawah sinar matahari yang terik. Anjing dengan wajahnya yang amat kasihan sedang berjalan secepat mungkin tanpa menumpahkan sedikit pun makanan dari mangkuk itu.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Akhirnya, anjing ini menghilangkan diri dan menyelinap masuk di celah-celah satu destinasi yang kelihatan seperti tempat pembuangan sampah dan besi buruk. Yusuf harus mengikuti sepanjang jalan itu dengan berjalan kaki.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Apa yang dilihat Yusuf amat memberi kesan sebak dan memilukan di dalam hatinya.

Seekor ibu anjing telah berjalan jauh sedemikian rupa semata-mata untuk memberi makanan kepada anak-anaknya yang sedang kelaparan.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Sementara anak-anak sedang menikmati makanan, ibu anjing ini hanya memerhatikan mereka. Mungkin dia sendiri sedang kelaparan dan sangat dahaga tetapi dengan melihat keriangan anak-anak sedang menikmati hidangan, ia sudah cukup membuatnya berasa kenyang, tenang dan gembira, sama seperti mana naluri semua ibu lain yang lebih suka dan sudah cukup berpuas hati ketika mencari rezeki demi untuk memberi makan dan keperluan kepada anak-anak.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Ini adalah bukti sinar yang terang lagi bersuluh betapa kuatnya cinta dan kasih sayang ibu demi anak-anak, walaupun dalam keadaan yang paling teruk dan buruk.

Tonton video di bawah.

Yusuf Kılıçsarı/YouTube

Sumber : Yusuf Kılıçsarı/YouTube , The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular