Kucing suka mengetuk barang, mengais sofa kegemaran pemilik dan membongkar kertas tandas. Tidak terkecuali kucing comel bernama Pusic juga sangat sukakannya Pemiliknya yang selalu berasa terhibur dengan kehadiran Pusic di sisi telah memutuskan untuk mengejutkannya dengan 100 gulung kertas tandas baru yang diletakkan di seluruh ruang tamu.

Hadiah kertas tandas buat si kucing kesayangan untuk membuatnya berasa teruja supaya dia terus menunjukkan keriangan dengan telatah comelnya.

CatPusic

Pusic hidup dengan pasangan muda dari Belarus. Pada bulan Disember 2014, mereka pulang dari bandar lain dan menemui sebuah kotak berdekatan rumah. Apa yang mengejutkan, terdapat seekor anak kucing di dalamnya yang sentiasa mengiau kerana kelaparan. Dengan segera, mereka mengambil anak kucing itu dan mula memeliharanya.

CatPusic

Akhirnya, anak kucing itu mula menjadi ahli keluarga sebenar. Pasangan ini menamakannya Pusic. Sejak itu, dia membesar menjadi kucing comel yang pintar dan senitasa bersikap ingin tahu. Pusic sukakan keluarganya ini dan tidak pernah teragak-agak untuk menunjukkan kasih sayang. Dia suka menjilat muka pemilik dan memeluk mereka.

CatPusic

Selepas pasangan ini memutuskan untuk menyiarkan video pelukan dan ciuman Pusic, dia telah menjadi sensasi Internet. Video dan gambarnya telah mengumpulkan lebih dari 100 juta tontonan di YouTube, Instagram, dan Facebook dengan angka peminat yang terus meningkat.

CatPusic

Walaupun Pusic tinggal di sebuah pangsapuri, kadang-kadang keluarganya membawanya keluar berjalan-jalan ketika cuaca sedang baik. Pemilik Pusic berkata mereka tidak dapat menolak untuk memanjakan kucing mereka dengan memberinya sepenuh perhatian.

Kata mereka, “Kami sentiasa membuat mainan baru untuknya dan dia sentiasa berminat dengannya. Pusic juga mempunyai adik lelaki yang dilahirkan pada bulan Disember 2016. Mereka bermain bersama dan ia amat menyeronokkan untuk melihat kedua-duanya.”

CatPusic

Kata pemilik Pusic, “Kami mengetahui tentang minat Pusic kepada kertas tandas ketika dia masih kecil. Dia suka bermain dengannya tapi kami tidak menggalakkannya kerana kami berusaha untuk memastikan rumah kami sentiasa bersih dan teratur, manakala Pusic juga sudah mempunyai banyak mainan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini kami membuat keputusan untuk membiarkan dia mengingati masa mudanya dan memberinya semua kertas tandas yang dia mahukan sebagai hadiah. Sebagai suka-suka, kami telah menutup seluruh ruang tamu dengan kertas tandas dan merakam tindak balasnya.”

CatPusic

Kata pasangan ini lagi, “Memandangkan kami mempunyai anak kecil, kami terpaksa membuat kejutan itu dengan pantas. Kami mula ‘menghias’ ruang tamu semasa anak kami sedang tidur pada waktu siang dan berjaya menyelesaikan segala-galanya dalam beberapa jam sebelum dia bangun.”

CatPusic

“Secara keseluruhan, Pusic telah menghabiskan kira-kira 30 minit di ruang tamu itu. Pada mulanya, dia menjadi bingung dan tidak tahu membuat apa seperti yang anda lihat di video. Kemudian dia mula mencari sesuatu di bawah kertas tandas kerana semua kucing suka lakukan perkara itu, dan mula berjalan perlahan-lahan,” tambah mereka.

CatPusic

Ketika itu semua keterujaan dan keseronokan pun bermula.

CatPusic

Selepas Pusic selesai bermain dan anak mereka telah bangun daripada tidur, pasangan ini mengemaskan semua gulungan kertas tandas itu sehingga licin untuk dikitar semula dan membiarkan udara kembali segar. Selepas itu, Pusic telah tidur tidak bergerak selama sehari semalam kerana dia telah menghabiskan banyak tenaganya untuk hari gembira dan teruja itu.

CatPusic

Kata pasangan ini, “Adalah penting mencari masa untuk haiwan kesayangan anda dan biarkan mereka menikmati kehidupan. Pada mereka, perhatian dan usaha anda itu tidak ternilai harganya.” Dan apalah sangat harga 100 gulung kertas tandas itu. Hanya sebagai pemberi kejutan sekali-sekala buat si comel.

Tonton rakaman video comel ini di bawah.

CatPusic/YouTube

Sumber : CatPusic/YouTube , Bored Panda

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular