SANDAKAN:  Semua mini kasino dan mesin slot di seluruh negeri Sabah, tidak akan beroperasi lagi.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas memberi arahan supaya semua operasi kasino mini dan mesin slot di negeri ini ditamatkan.

Kosmo

“Apabila seseorang mempunyai tabiat berjudi, ia boleh membawa kepada kesan bahaya seperti pengabaian keluarga dan berakhir dengan pinjaman along untuk memudahkannya bermain lagi judi.

“Tetapi sekiranya anda mahu bermain mahjong, saya tidak kisah selagi ia tidak melibatkan wang,” beliau berkata demikian dalam satu majlis dialog dengan komuniti peniaga Cina Sandakan.

phys/Gambar Hiasan

Beliau berkata demikian sebagai pendirian terhadap sebuah gabungan kepercayaan di Sabah yang menggesa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mengharamkan operasi kasino mini dan mesin slot di Sabah baru-baru ini.

Sehingga kini, kerajaan kini masih mengeluarkan lesen untuk operasi kasino namun membuat penambahan cukai bagi mesin slot dari RM10,000 ke RM50,000 setahun.

About/Gambar Hiasan

Manakala cukai untuk keuntungan daripada mesin slot dinaikkan ke 30 peratus berbanding sebelum ini 20 peratus.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri menjelaskan, akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar tidak menggalakkan perjudian di Sabah.

“Saya akan berbincang dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar tidak menggalakkan perjudian di Sabah,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular