Jika anda tidak pernah percaya kepada takdir dan jodoh pertemuan, kisah yang manis ini mungkin akan mengubah fikiran anda. Kisah cinta pasangan pengantin baru Natalie Crowe dan Austin Tatman pasti terdengar seperti sesuatu dari kisah dongeng pari-pari.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada bulan April lalu, tetapi kisah pertemuan dan ikatan perhubungan istimewa mereka bermula ketika masing-masing masih berusia lima tahun semasa berada di sekolah tadika.

Heritage Visuals/Facebook

Mereka menjadi rakan yang amat rapat semasa kanak-kanak tetapi secara tiba-tiba, Natalie terpaksa berpindah dari Ocala, Florida. Natalie kehilangan sahabatnya yang paling baik tetapi dia tidak pernah melupakannya. Pada suatu hari, Natalie memutuskan untuk menjejaki rakan baiknya ini di media sosial, dan pasangan itu menjalin semula hubungan ketika remaja.

Pada temu janji yang kedua, mereka dapat merasakan kedua-duanya telah ditakdirkan untuk hidup bersama dan selebihnya kekal menjadi sejarah!

Heritage Visuals/Facebook

Sebagai sentuhan manis untuk kenangan hari perkahwinan mereka, Natalie dan Austin memutuskan untuk mencipta kembali kenangan gambar comel pada tahun 1999, di mana mereka berdiri di antara satu sama lain di atas Jeep Wrangler mainan kepunyaan Austin.

Betapa indah dan manisnya cinta mereka!

Natalie Crowe Tatman/Facebook

“Secara automatik begitu sahaja kami menjadi sahabat baik dan ibu bapa kami menyedarinya,” kata Natalie kepada majalah People.

Kata Natalie, “Ia agak pelik memikirkannya apabila anda berusia. Anda biasanya tidak akan bergaul rapat dengan jantina yang bertentangan. Tetapi kami sentiasa bersama sejak dari usia 2 hingga 5 tahun.”

Rupa-rupanya persahabatan mereka yang mendalam sebenarnya lebih itu. Mereka mendapati bahawa kedua-duanya sepatutnya dilahirkan pada Hari Valentine. Tetapi Natalie dilahirkan dua minggu selepas tarikh kelahiran yang sepatutnya, manakala Austin dilahirkan dua minggu lebih awal.

Walaupun Natalie dan Austin masih muda, mereka meninggalkan anggapan sedemikian rupa bahawa kedua-duanya mempunyai kenangan manis itu berdekad kemudian.

Heritage Visuals/Facebook

“Setiap gambar yang kami berada di dalamnya, kami pasti bersama-sama walaupun dalam kumpulan dengan semua orang lain berada di sebelah bahagian lain,” ujar Natalie.

“Secara dasarnya, saya sentiasa mempunyai kenangan bersamanya, tidak kira sama ada saya mengingati memori ini dengan terperinci akan ingatan itu atau tidak, tetapi saya tahu kami sentiasa bersama,” tambah Natalie.

Hati Natalie menjadi kecewa dan luluh apabila terpaksa berpindah ke Connecticut selepas perceraian ibu bapanya. Dia tidak pasti sama ada akan dapat bertemu lagi dengan sahabat baiknya ini.

@yahoolifesytle/Twitter

“Kenangan masa kecil terakhir saya bersamanya ialah ketika kami membuat Krispy Rice di dapur bersama ibu bapanya … dan kemudian kami telah berpisah,” tambah Natalie.

Walaupun mereka terputus hubungan, Austin sentiasa berada di dalam fikiran Natalie hampir sepanjang masa, dan pernah bertanya kepada ibunya sama ada Austin juga mempunyai fikiran yang sama ketika mengingatinya.

Natalie mengimbau kenangan tersebut dengan berkata, “Saya teringat ketika saya berusia antara 8 dan 10 tahun, saya akan bertanya kepada ibu saya mengenai Austin dan ibu akan berkata, ‘Ibu pasti jika kamu sentiasa mengingati dirinya, dia juga akan mengingati kamu.'”

“Tetapi saya tidak menemui cara untuk menghubunginya pada masa itu,” kata Natalie.

Kemudian suatu hari, pada 17 Julai 2012, Natalie yang berusia 17 tahun pada ketika itu, telah menemui buku alamat ibunya dan kebetulan terdapat nama Austin di dalamnya. Pada masa ini dia dapat merasakan takdir mereka.

Natalie Crowe Tatman/Facebook

“Saya tahu nama terakhirnya bermula dengan T, tetapi saya tidak tahu mengapa dan masih tidak mengetahuinya sehingga ke hari ini mengapa. Saya pergi kepada nama itu daripada semua nama yang berada di situ,” jelas Natalie.

Sudah tentu, Natalie cuba mencari Austin di Facebook, dan mereka terus mengingati sahabat baik dari zaman kanak-kanak dengan serta-merta! Natalie menghantar satu mesej kepadanya, dan mereka mengimbau masa lalu.

Natalie mendapat tahu yang Austin tinggal hanya 10 minit dari kediaman bapanya di Florida, jadi mereka bersetuju untuk bertemu pada 31 Julai 2012 ketika dia berada di sana.

“Semenjak saat itu, kami telah bersama. Sebaik kami melihat satu sama lain, persahabatan itu telah dihidupkan kembali dengan serta-merta,” kata Natalie.

Pada temu janji kedua, Natalie dan Austin mengetahui diri masing-masing mempunyai perasaan yang lebih kuat daripada persahabatan.

Natalie Crowe Tatman/Facebook

“Kami berdua dapat merasakan telah jatuh cinta di antara satu sama lain selepas temu janji kedua,” tambah Natalie.

Natalie berkata, “Kami menghidupkan semula persahabatan pada hari pertama penyatuan semula dan kemudian bersendirian memikirkannya, ia seperti, ‘Baiklah, apa sahaja masa yang mungkin, saya akan berkahwin dengan kamu.’”

Selepas setahun bercinta jarak jauh, mereka berdua terpaksa berpisah kerana melanjutkan pengajian di universiti berasingan di Florida. Hanya setahun selepas tamat pengajian, Austin telah melamar Natalie!

Natalie Crowe Tatman/Facebook

Mereka telah menjalankan upacara perkahwinan di The Mulberry di New Smyrna Beach, Florida.

Heritage Visuals/Facebook

Mengimbau kembali  memori itu, mereka seperti tidak menemui cara lain melainkan perlu bersama.

Pasangan Natalie dan Austin percaya takdir jodoh pertemuan telah membawa mereka bersama dalam satu siri peristiwa yang tidak dapat diramalkan, dan kini mereka tidak sabar untuk menghabiskan sisa hidup bersama-sama sehingga akhir hayat.

Heritage Visuals/Facebook

“Perkara yang agak gila-gila bagaimana segala-galanya dapat bersatu dengan sempurna, dan ia masih tidak masuk akal kepada saya sehingga ke hari ini,” kata Natalie.

Kisah percintaan yang sungguh indah dan manis! Sesetengah orang benar-benar sudah ditakdirkan untuk bersama sejak dari mula, sehingga masa, jarak dan halangan di sepanjang perjalanan juga tidak akan mengubahnya. Tahniah buat Natalie dan Austin, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat!

Sumber : People

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular