Jika anda seorang yang mudah menangis jika menonton cerita-cerita sedih, teruskan berbuat demikian. Hal ini kerana, menurut AsiaOne, satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa menangis mampu meningkatkan tahap kortisol.

Ini juga berlaku apabila anda sangat memendam perasaan dan meluahkannya dengan cara menangis.

DramaBeans

Selain daripada itu, tangisan yang berlaku hasil daripada tekanan dipercayai mempunyai keupayaan untuk menghapuskan beberapa bahan toksik daripada badan, dan hal ini disimpulkan oleh pakar biokimia, William Frey, bahawa menangis membantu menghilangkan bahan toksik yang cenderung terbina apabila manusia ditekan secara emosi.

Quartz

Dengan ini, tubuh kita tidak berupaya untuk menyimpan lebih banyak lemak apabila kita menangis kerana kesemua hormon stres yang telah ditekan akan dilepaskan melalui proses perkumuhan.

Namun, semua manfaat daripada hasil pendapatan kajian ini dapat dicapai jika ia dicetuskan oleh emosi sebenar. Untuk pengetahuan anda, di bawah ini merupakan 3 jenis tangisan:

  1. Tangisan basal – dikenali sebagai tangisan fungsi asas yang melembapkan mata
  2. Tangisan refleks – ataupun tangisan kerengsaan yang keluar secara semula jadi akibat tindak balas terhadap tekanan persekitaran seperti asap dan angin
  3. Tangisan psikik – ia melibatkan emosi dan perasaan dalaman yang dirasai.

Oleh itu, hanya tangisan psikik sahaja yang memberikan kesan ‘kehilangan berat’ badan. Sementara itu, nampaknya terdapat waktu-waktu yang sesuai untuk menangis jika anda mahu mengurangkan berat badan.

Saintis menyarankan agar menangis pada jam 7 malam hinggalah 10 malam. Ini menandakan bahawa ia merupakan waktu terbaik untuk anda melayan drama sedih kegemaran anda dengan penuh perasaan.

ReadersDigest

Jadi, nampaknya menangis bukan sahaja ‘meringankan bebanan’ dalaman yang kita alami. Namun begitu, usaha untuk menurunkan berat badan perlulah seimbang dan bukan hanya bergantung kepada cara ini semata-mata ya!

Pastikan anda turut menjalani latihan berbentuk fizikal untuk mencapai berat badan ideal. Jangan pula anda menangis hari-hari dengan harapan berat anda berkurang keesokan harinya.

Sumber: AsiaOne

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular