Kereta sorong atau baby stroller adalah antara barangan asas yang menjadi keperluan ibu bapa masa kini yang mempunyai anak kecil. Dengan ‘kenderaan’ itulah si kecil boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah.

Ibu bapa boleh membawa anak mereka bersiar-siar di taman, pergi ke pusat membeli-belah atau boleh juga melancong menaiki kapal terbang.

Namun begitu, saiz baby stroller yang besar dan agak berat kadangkala tidak begitu sesuai untuk dibawa ke tempat yang ramai orang. Jadi, ibu bapa biasanya akan memilih ‘baby carrier’ untuk membawa anak kecil mereka kerana ia lebih fleksibel.

Namun, tahukah anda bahawa menggunakan peralatan ini sebenarnya memberi kesan kepada anak kecil? Sejauh manakah kesan buruk penggunaan ‘baby carrier’ ini?

InfoSebenar

Seorang pengguna Facebook, Farah Soraya telah berkongsi maklumat penting mengenai kedudukan bayi dalam ‘carrier’ yang boleh mengancam kesihatan mereka. Di luar sana, masih ramai ibu bapa yang menggunakan ‘carrier’ jenis yang bukan ergonomik dan meletakkan anak kecil secara menghadap ke hadapan.

Keadaan ini bukan sahaja memberikan ketidakselesaan kepada si kecil, malah boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tulang bayi seperti hip dysplasia.

SuratKabor

Menurut status Facebook Farah Soraya itu lagi sebenarnya ‘hipseat’ seperti itu tidak sesuai dengan bayi. Memandangkan tulang bayi masih lembut, ia boleh memberikan kesan jangka masa panjang yang buruk kepada tulang belakang bayi jika mereka berterusan menggunakan ‘carrier’ jenis itu.

traposemamas

Sebenarnya ‘hip seat carrier’ tidak digalakkan untuk digunakan. Jika mahu menggunakan ‘carrier’ bayi, gunakan yang ergonomic. Kini terdapat pelbagai jenis ‘ergonomic carrier’ yang dijual di pasaran dengan harga yang mampu milik.

Buat anda yang tidak tahu, kedudukan terbaik bagi bayi di dalam ‘carrier’ ialah dalam bentuk ‘M’. Pastikan kaki bayi tidak terlunjur ke bawah.

InfoSebenar

InfoSebenar

Antara ‘ergonomic carrier’ yang disarankan ialah cuddle me, tugeda, nana, ergobaby dan lain lain. Jadi, ibu bapa perlulah lebih perihatin terhadap isu ini. Kelihatan seperti sesuatu yang mudah tetapi ia memberi kesan yang buruk kepada anak kecil.

Pastikan produk yang dibeli berkualiti dan apa yang penting anak-anak sentiasa selesa dan selamat.

Sumber: FACEBOOK |FARAH SORAYA

Maybe you're interested :

Share

Video Popular