Apabila jelitawan Korea ini kehilangan rambut dan keyakinannya akibat kemoterapi, teman lelaki tercinta memberikannya kata-kata semangat yang paling menyentuh hati yang amat diperlukan baginya untuk mendengarnya.

Dawn Lee, wanita cantik dari Korea baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau telah didiagnos dengan kanser limfoma dan baharu selesai menjalani kemoterapi pertama.

Kemoterapi sering digunakan untuk melawan sel-sel kanser yang agresif daripada merebak tetapi ia juga mempunyai kesan sampingan yang buruk iaitu keguguran rambut.

Dawn Lee merupakan seorang ‘influencer’ Korea terkenal yang sering berkongsi tutorial solekan dalam saluran YouTube dan gambar-gambar dengan wajahnya yang sempurna serta memaparkan fesyen yang hebat di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 새벽 (@2dawn_) on

Walaupun baru berusia 20-an, ‘influencer’ media sosial yang terkenal ini telah mengumpulkan lebih 188,000 pengikut di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 새벽 (@2dawn_) on

Malangnya, Dawn Lee mendedahkan dalam videonya baru-baru ini bahawa beliau kini sedang bertarung dengan penyakit kanser dan telah menerima rawatan termasuk kemoterapi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 새벽 (@2dawn_) on

Dalam video tersebut, Dawn Lee turut berkongsi pengalamannya dengan kesan sampingan menjalani kemoterapi.

“Ia adalah kira-kira 10 hingga 12 hari selepas rawatan utama. Rambut saya hampir luruh kesemuanya sekarang. Jika saya bangun, saya dapat melihat rambut gugur yang banyak,” katanya.

Ketika rambutnya terus gugur, Dawn Lee kemudiannya telah memutuskan untuk mencukur rambutnya dan merakamkan dirinya di salon rambut.

Rupa-rupanya, dengan mencukur botak kepalanya bukanlah keputusan yang mudah kerana Dawn berasa tidak tertahan untuk mengalirkan air matanya selepas itu.

Video itu juga turut merakamkan ketika Dawn telah menunjukkan wajah barunya ini kepada teman lelakinya buat pertama kali sejak dia membotakkan kepalanya.

Untuk kejutan, teman lelakinya telah membelikannya topi baru dan ketika Dawn berasa amat sedih dengan air matanya terus mengalir, teman lelakinya telah berkata, “Sungguh comelnya kamu!” Pujian itu kemudian telah membawa senyuman di wajahnya.

“Ia kelihatan cantik. Kamu nampak cantik dan baik-baik sahaja, huh… Ia kelihatan sangat sesuai dengan kamu,” puji teman lelaki Dawn.

Berkat sokongan daripada teman lelaki dan para peminat, nampaknya Dawn Lee perlahan-lahan mendapat semula keyakinan diri dan kini beliau berasa selesa menunjukkan wajah barunya di Instagram.

heisgun|Instagram

Dawn Lee masih kelihatan cantik!

2dawn_|Instagram

Ketika menerima berita didiagnos menghidapi kanser secara jelas amat menakutkan, tetapi dengan cinta dan sokongan yang diterima oleh Dawn Lee, kita semua berharap beliau sentiasa tabah menghadapinya dan semoga kembali pulih dengan sepenuhnya.

Tonton video di bawah.

새벽/YouTube

Sumber : 새벽/YouTube , @2dawn/Instagram

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular