Kebiasaannya, kita tidak pernah menyangka dan bersedia dengan apa yang bakal berlaku pada kita, lebih-lebih lagi jika kita dalam perjalanan ke suatu tempat menaiki kenderaan.

Manalah kita tahu pada waktu itu terdapat pelangi yang menyinari perjalanan atau tiba-tiba ranting pokok jatuh terkena kereta, muncul burung terbang pada cermin hadapan kereta ataupun terdapat haiwan ganas yang muncul di tengah-tengah jalan. Siapa tahu, bukan?

Inilah yang dialami oleh seorang wanita, Rebecca Connell yang sedang memandu di sepanjang jalan Taman Nasional Pergunungan Great Smocky di Tennessee apabila secara tiba-tiba dia berhadapan dengan satu detik yang bermakna.

Menurut Rebecca, dia ternampak ‘bayangan hitam’ daripada hutan tidak jauh daripada keretanya dan akhirnya ia muncul di hadapannya.

Rebecca melihat seekor ibu beruang bewarna hitam berjalan di hadapan 4 ekor anaknya. Si ibu sebenarnya ingin membawa anaknya melintas jalan.

Sempat juga si ibu menoleh sebentar ke belakang bagi memastikan tiada seekor anaknya tertinggal di seberang jalan. Setelah yakin semua anaknya telah melintas, si ibu menyambung semula perjalanan mereka.

Rebecca sempat merakamkan aksi comel tersebut lalu memuat naik video berkenaan, dan setakat ini ia ditonton sebanyak 33 juta kali, menerima 80,000 respon dan dikongsi 740,000 kali.

Menurut pihak pentadbir Taman Nasional berkenaan, beruang hitam lazimnya akan keluar pada musim luruh dan panas.

Jika berhadapan dengannya, orang ramai diminta untuk awasi jarak (jangan menghampirinya) dan jangan cuba untuk memberinya makan.

Pihak Organisasi Sumber Hidupan Liar Tennessee turut menjelaskan bahawa insiden berhadapan dengan beruang hitam semasa memandu itu adalah perkara biasa di sana. Namun, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati.

Sudah tentu Rebecca tidak akan melupakan saat melihat anak beruang yang comel dengan mata kepalanya sendiri. Ia merupakan satu peluang keemasan seumur hidup. Jom lihat videonya:

Sumber: Happy Share

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular