Seperti betapa pentingnya menjaga tubuh badan yang sihat, begitu juga dengan otak kita.

Menjaga otak yang aktif serta fikiran yang tajam bukan sahaja dapat mengelakkan masalah kesihatan otak seperti demensia tetapi juga boleh menjadi pengisi masa lapang yang menyeronokkan.

Terdapat banyak cara yang membolehkan kita menjaga kesihatan otak dan ingatan yang baik dan tajam iaitu dengan bermain teka-teki dan permainan minda seperti Sudoku serta teka silang kata.

Times Higher Education /Gambar Hiasan

Latihan asahan minda yang kecil seperti menyelesaikan masalah matematik yang mudah juga boleh membantu memantapkan pemikiran kita. Walaupun masalah aritmetik ini nampak mudah, adalah lebih baik bagi anda mengelakkan daripada menggunakan apa-apa bantuan daripada kalkulator.

Cuba selesaikan persamaan matematik sederhana ini dengan hanya pengiraan mental dan lihat bagaimana anda membandingkan diri dengan mereka dari seluruh dunia yang telah mencuba menyelesaikan persamaan matematik ini.

Rupa-rupanya, sangat sedikit orang yang berjaya menyelesaikan persamaan matematik ini tanpa menggunakan kalkulator. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Mari kita melihat soalan persamaan matematik ini.

Apakah jawapan betul yang anda fikirkan?

Luangkan masa untuk menyelesaikannya. Ini bukan satu persaingan. Asalkan anda mendapat jawapannya, itu sahaja yang penting.

Sekarang, adakah anda bersedia untuk melihat jawapan kepada persamaan matematik ini?

Max Pixel /Gambar Hiasan

Inilah jawapannya: 104.

Adakah jawapan anda betul? Tahniah! Sekiranya tidak, maka ingin tahu bagaimana jawapannya boleh menjadi 104?

Sebelum anda cuba menambah semuanya, anda perlu menyelesaikan pendaraban iaitu 25 x 0 yang akan membawa kepada 0.

Kemudian, apa yang tinggal ialah 50 + 50 – 0 + 2 + 2 yang kemudiannya berjumlah 104.

Jika anda seronok menyelesaikan latihan matematik kecil ini, apa kata anda menguji dengan rakan dan keluarga anda dan lihatlah jika mereka boleh menjawab dengan betul!

Sumber : The Laugh Bible

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular