Telefon bimbit semakin menjadi “pendamping” yang tidak dapat dipisahkan untuk kita pada masa ini. Alat ini dapat menghubungkan kita dengan rakan-rakan dan saudara-mara, mencari penyelesaian kepada masalah yang sukar, membaca artikel tentang resipi yang ingin dimasak, menonton rakaman video yang menarik, dan merakam momen-momen yang indah. Ringkasnya, telefon bimbit telah menjadi perkara yang sangat diperlukan buat hampir semua orang.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Answering Service Care

Walau bagaimanapun, kadang-kadang telefon bimbit tidak akan sentiasa bersiap sedia untuk anda. Ada masanya, telefon bimbit anda akan kekurangan bateri, program di dalamnya berfungsi dengan perlahan, tiada internet dan ada kalanya, mesej yang dihantar tidak dibalas walaupun sudah dibaca oleh penerima.

Bagi anda, antara keempat-empat keadaan telefon bimbit ini, yang mana satukah yang paling membuat anda berasa cemas dan tidak keruan? Ujian ringkas ini boleh  melihat watak sebenar anda.

Sila pilih satu keadaan yang boleh membuatkan anda menjadi tidak keruan jika salah satu simbol yang berikut muncul di skrin telefon bimbit anda:

Mari lihat jawapannya!

1. Simbol tiada internet

Di mata orang lain:

Anda kelihatan berbakat, kreatif, mempunyai daya tarikan yang istimewa dan mempunyai ramai kawan.

Kata hati anda yang sebenar:

Anda sebenarnya mempunyai hati yang sangat lembut. Ada perkara yang anda benar-benar mahu lakukan tetapi anda takut akan gagal dan dicedera. Anda benar-benar perlukan kata-kata semangat.

Analisis cinta:

Anda gemar berfikir dengan terlalu jauh sehingga kadang-kala memberi kesan terhadap emosi anda. Kerana rasa cinta yang terlalu mendalam terhadap seseorang, anda tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak digemari oleh kekasih. Apabila anda benar-benar telah kehilangannya, anda cenderung untuk memendam rasa dan berpura-pura tidak terkesan olehnya. Walau bagaimanapun, sebenarnya di dalam hati anda penuh rasa menyesal kerana tidak berterus-terang tentang perasaan anda.

2. Simbol tergendala (buffering)

Di mata orang lain:

Anda mempunyai tahap kreativiti yang kuat, berkeperibadian pintar, mempunyai pemikiran yang tangkas, bijak berbicara, gemar mengambil tindak balas berdasarkan emosi dan mempunyai tindak balas yang cepat.

Kata hati anda yang sebenar:

Kadang-kala hanya mulut anda sahaja yang berbicara dengan pantas tetapi sebenarnya perkara itu tidak tersemat di dalam hati anda. Anda benar-benar mahu dunia sentiasa dalam keadaan yang aman dan semua orang dalam keadaan yang bahagia.

Analisis cinta:

Anda sering berusaha untuk seseorang yang dikasihi, tetapi malangnya anda sering disia-siakan oleh orang lain. Anda merupakan seorang yang sangat setia, walau apapun ujian yang dihadapi, kasih sayang anda akan kekal teguh buat insan yang dicintai.

3. Simbol kehabisan bateri

Di mata orang lain:

Anda adalah seorang yang sensitif, imaginatif, intuitif, gemar membantu, tidak yakin dengan diri sendiri dan penuh rasa belas kasihan.

Kata hati anda yang sebenar:

Anda sangat mahu dilindungi, sangat ingin diperlakukan dengan ikhlas misalnya mahu diiktiraf dan diterima.

Analisis cinta:

Anda tidak arif untuk menyatakan kasih sayang. Sekiranya orang lain dapat merasakan cinta anda kepadanya, maka mereka benar-benar beruntung. Daripada pandangan orang lain, anda mungkin kelihatan seperti seorang yang tidak setia, tetapi hakikatnya anda merupakan seorang yang sangat setia dan bertanggungjawab dalam hubungan. Tidak kira bagaimana perubahan yang berlaku di sekeliling anda, kasih sayang anda akan kekal utuh. Anda mempunyai rasa kasih sayang yang sangat mendalam walaupun jarang sekali diungkapkan.

4. Simbol mesej sudah dibaca, tetapi tidak dibalas

How To Comp

Di mata orang lain:

Anda gemar menjaga hati orang sekeliling anda, anda mempunyai keinginan yang kuat untuk dilindungi, anda bersifat sentimental dan sukakan kasih sayang.

Kata hati anda yang sebenar:

Kadang-kadang anda terlalu baik sehingga sukar untuk bangun dari kegagalan dan anda sering dipergunakan oleh orang lain. Apa yang anda mahukan sebenarnya sangat mudah, selagi pihak yang lain ikhlas dengan anda.

Analisis cinta:

Anda memberi tumpuan kepada keadilan, dan pada pendapat anda segala-galanya akan ditakrifkan dengan jelas. Anda adalah seseorang yang sangat beremosi, dan anda benar-benar percaya bahawa orang lain akan dilayan dengan ikhlas.

Anda mudah dicedera, mudah untuk berasa rendah diri, mudah untuk dipuaskan, mudah untuk jatuh cinta dan sukar untuk menolak kehadiran seseorang. Selain itu, anda juga merupakan seseorang yang mudah menangis dan sukar untuk melupakan seseorang. Anda mempunyai hati yang suci tetapi anda masih belum cukup melakukan yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular