Larian maraton bukanlah suatu acara yang asing di seluruh dunia. Acara sebegini lazimnya dianjurkan demi mendedahkan masyarakat kepada gaya hidup sihat disamping acara yang memberi pulangan yang menarik kepada para pemenang.

Lazimnya, acara begini akan disertai oleh ramai orang, tidak kira dari segi jantina, umur dan agama. Walau bagaimanapun, jarang sekali acara sebegini disertai oleh warga emas. Namun, lain pula halnya yang berlaku di India.

Today Viral

Lata Bhagwan Kare, seorang wanita warga emas yang berusia 67 tahun dari Baramati, Maharashtra ternyata sudah menjadi peserta lazim bagi acara maraton di negara itu. Walaupun dengan memakai sari, namun Kare berjaya menamatkan acara dengan jayanya.

Acara kali ini adalah acara kali ketiga yang telah dimenangi olehnya yang merangkul tempat pertama dalam kategori warga emas di Marathon Sharad, yang dianjurkan setiap tahun di daerah itu. Walau bagaimanapun, Kare tidak berlumba untuk kepentingannya sendiri, tetapi semuanya dilakukan untuk kesejahteraan keluarganya.

Kare adalah seorang buruh ladang yang miskin, manakala suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan anaknya tidak mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Kare berfikir bahawa dengan menyertai acara larian sebegini boleh memberikannya wang yang sangat diperlukan untuk kegunaan rumahnya.

Today Viral

Kare memberitahu DNA bahawa dia selalu menyertai maraton untuk membayar keperluan keluarga. Tahun lepas, Kare mengambil bahagian supaya dia dapat membayar kos ubat jantung suaminya yang mahal. Hadiah wang sejumlah Rs 5,000 (RM 297.58) mungkin tidak banyak berbanding dengan ganjaran yang lain, tetapi jumlah ini sudah mencukupi untuk Kare.

“Pada masa itu, kepalanya (suami) sering sakit dan dia pernah mengalami sakit jantung. Masalah ini kini dapat dikawal tetapi dia masih memerlukan ubat,” kata Kare kepada DNA.

Kali ini Kare menyertai acara maraton untuk mula mengumpulkan wang bagi membina rumah.

TV9

Acara larian maraton pertamanya adalah pada tahun 2013. “Dahulu, saya selalu berjalan-jalan pagi pada setiap hari, tetapi saya tidak pernah berlari. Jika saya cuba berlari, orang akan berasa pelik dan mereka akan bertanya kepada saya soalan yang tidak menyenangkan,” kata Kare.

Kare juga menyatakan bahawa pada mulanya dia berasa janggal kerana berlari dengan memakai nauvari (pakaian tradisional), tetapi dia mula mendapat keyakinan selepas itu. Kare juga menambah bahawa dia berlari dengan berkaki ayam kerana dia risau akan terjatuh jika memakai capalnya.

Sumber: Huffpost

Maybe you're interested :

Share

Video Popular