Sebagai ibu bapa, kita lebih suka jika anak-anak menghabiskan masa bermain di depan mata kita berbanding bermain di luar. Sudahlah cuaca panas, kadang kala persekitaran kurang selamat. Jadi, adalah lebih baik jika kita melihat sendiri anak-anak kita bermain di dalam rumah. Namun, agak sukar juga untuk mengalihkan perhatian mereka daripada gajet dan televisyen, bukan?

Baiklah, di sini terdapat satu idea bernas yang telah dikongsikan oleh Ustazah Liana, di mana kita boleh menghasilkan sendiri trek kereta mainan DIY di rumah dan yang pastinya, ia mudah untuk dilakukan. Pasti anak-anak anda akan teruja dan berasa seronok.

Apatah lagi jika mereka membantu kita dalam membina trek berkenaan, perasaaan mereka tidak sama dengan rasa apabila bermain trek mainan yang dibeli di kedai itu ya.

Bahan yang diperlukan:

  • Kadboard ataupun kotak
  • Pita pelekat bewarna hitam atau kelabu
  • Pen marker
  • Pensel warna

 

Langkah-langkahnya :

  1. Buat lakaran jalan raya – Tidak kiralah secara menegak, melintang, roundabout, tempat letak kereta, dan pelbagai lagi

  1. Tampal pita pelekat – Tampal mengikut jalan yang telah dilakarkan sebentar tadi. Pelekat bewarna hitam untuk jalan raya, manakala kelabu dan putih untuk garisan memotong di tengah-tengah jalan

  1. Lukis – Lengkapkan trek dengan lukisan seperti balai polis, stesen bas, taman permainan, hospital dan sebagainya. Sesudah itu, warnakannya. Jika anda tidak pandai melukis, anda boleh cetak gambar bangunan di internet dan tampalkannya. Siap dan sedia untuk dimainkan!

Cuma 3 langkah sahaja, mudah bukan? Jika anda tidak mempunyai idea, anda bolehlah dapatkan ilham menerusi gambar di bawah ini:

Sumber: Ustazah Liana

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular