Nanas menjadi pilihan ramai kerana khasiatnya dari segi kesihatan di mana kandungan protein dan vitamin C yang terdapat di dalamnya mampu mencairkan darah beku, menstabilkan kandungan gula dan garam dalam darah serta mengatasi masalah kebengkakan dan diuretik.

Nanas juga mampu membantu menyembuhkan luka dengan cepat, melegakan kesakitan serta meningkatkan imuniti tubuh badan.

Sebenarnya anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mendapatkan nanas, malahan anda boleh menanamnya sendiri di rumah. Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh terus memakan nanas setiap hari.

Nanas dengan warna kuning emas yang menjadi kegemaran ramai, kerana mudah membesar.

Cocomy

Anda mungkin akan keliru apabila melihat cara membiakkan nanas tanpa biji benih.

Cocomy

Apabila anda makan nanas, bahagian pertama yang dibuang ialah bahagian jambul di atasnya. Selepas ini jangan lagi dibuang bahagian jambul nanas. Potong dan simpan.

Cocomy

Dengan berhati-hati, bersihkan ia serta bersedia untuk menempatkannya di tempat yang sesuai dan bersih.

Cocomy

Cocomy

Sediakan satu bekas lutsinar yang diisikan air bersih. Guna pencungkil gigi atau pencucuk satay dan cucuk pada bahagian bawah jambul untuk memegang dan menahan jambul nanas di permukaan air. Bahagian bawah akan terendam di dalam air. Perlu diingat, anda perlu menukar airnya setiap hari.

Cocomy

Secara beransur-ansur, akarnya akan tumbuh sehingga tiba harinya jambul nanas berakar untuk dipindahkan ke satu bekas lain.

Cocomy

Sediakan satu bekas atau pasu dengan tanah dan dedahkan benih nanas kepada cahaya yang terang. Secara perlahan-lahan anda akan dapat melihat buah nanas yang kecil mula bercambah.

Cocomy

Perkara terakhir yang perlu anda lakukan ialah menunggu hasilnya untuk penuaian.

Cocomy

Sesetengah orang tidak menyukai nanas kerana rasanya yang masam, tetapi sejak kebelakangan ini ia menjadi makanan kegemaran ramai kerana khasiatnya yang pelbagai.

Sebagai tambahan kepada khasiat di atas, nanas juga dipercayai dapat mencegah penyakit kardiovaskular dan juga berkesan sebagai anti-kanser.

Nanas juga bermanfaat untuk penjagaan kulit dan membantu membersihkan usus. Maka jangan dibuang jambul nanas. Tanamnya semula dan ia akan menjimatkan wang anda daripada membeli yang seterusnya.

Sumber : Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular