Kerja-kerja yang kita lakukan setiap hari memang adakalanya agak membosankan, tetapi ada juga perkara-perkara yang berlaku membuatkan kita tersenyum ketika melakukan tugasan. Ada hal-hal yang tidak terduga terjadi ketika bekerja sehingga membolehkan kita menikmati masa-masa tersebut. Itulah yang dialami oleh seorang anggota polis, Roger Pereira yang telah melalui sebuah pengalaman yang aneh ketika bekerja.

Pada suatu hari, Pereira telah menerima sebuah panggilan yang cukup mengejutkan. Pada mulanya dia menyangka semua itu adalah sebuah ‘prank’ tetapi ternyata tidak. Dia tidak menyangka panggilan mengenai penemuan seekor singa laut di sebuah lebuh raya adalah benar.


Roger Pereira

Sampai di tempat yang dimaksudkan oleh pemanggil, Pereira melihat sendiri seekor anak singa laut yang dikatakan baharu berusia 10 bulan sesat di lebuh raya itu. Terdapat beberapa orang awam di situ yang turut membantu menjaga haiwan itu sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.

“Mereka berdiri di sebelahnya untuk memastikan ia tidak berjalan ke arah lalu lintas,” kata Pereira. “Saya terkejut dan tidak percaya bahawa mata saya sebenarnya sedang melihat seekor singa laut di jalan raya yang sibuk.”

Menurut Pareira lagi, singa laut itu seolah-olah sedang ‘menikmati’ momen tersebut. Dia juga tidak takut dengan ribuan kenderaan yang lalu lalang dan bunyi bising kenderaan di lebuh raya itu. Dia bahkan sangat tenang dan kelihatan seperti mempunyai rasa ingin tahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.


Roger Pereira

Pereira tidak mempunyai pilihan melainkan untuk ‘menahan’ mamalia marin itu. Dia kemudian memakir kereta perondanya berhampiran dengan singa laut tersebut dan terus membukakan pintu pada bahagian penumpang. Apa yang menarik ialah singa laut tersebut secara sukarela masuk ke dalam kerta itu apabila pintu dibukakan untuknya. Singa laut itu terus melompat ke tempat duduk belakang kereta itu tanpa ada sesiapa yang menyuruhnya.

 

Roger Pereira

“Singa laut suka menaiki kereta kereta,” kata Pereira. “Ia tidak membuat sebarang bunyi atau membuat sebarang pergerakan yang tidak menentu di bahagian belakang kenderaan peronda. Singa laut sangat berkelakuan baik.”

Singa laut kemudiannya dipindahkan ke  The Marine Mammal Rescue Center, di mana pemeriksaan dilakukan untuk mengetahui tentang tahap kesihatannya supaya singa laut itu sentiasa sihat.

Roger Pereira

“Anak singa laut ini mungkin terpisah dari ibunya dan masih tidak cukup bersedia untuk mencari dengan sendiri,” Dr. Cara Field, doktor haiwan kakitangan di The Marine Mammal Center, memberitahu Patch. “Walaupun agak kekurangan khasiat, singa laut ini sangat aktif sehingga kami berharap dengan penjagaan yang baik akan membolehkan ia pulih dengan cepat,” tambah Pereira lagi.

Sumber: THE DODO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular