Sotong adalah antara makanan laut yang digemari oleh ramai orang. Jika berkunjung ke restoran makanan laut, sotong goreng tepung merupakan menu yang wajib untuk dipesan.

Ramai orang suka sotong goreng tepung tetapi tak sanggup nak menggorengnya kerana asyik meletup-letup. Jika anda mengikuti resepi ini, pasti tidak akan meletup-letup ketika anda menggorengnya kerana sotong dipotong nipis.

Berikut adalah resepi istimewa hidangan yang lazat dan merupakan kegemaran orang ramai:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300 gram jumlah berat sotong
  • 3 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 2 sudu serbuk roti
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada
  • Minyak sayuran/minyak sawit

Cara-caranya:

Langkah pertama: Bersihkan dan potong cincin sotong anda secara nipis.

Langkah 2: Keringkan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong.

Langkah 3: Gaulkan dengan garam dan lada sulah/lada hitam. (Anda boleh menambah perisa tambahan mengikut selera anda sendiri)

Langkah 4: Sediakan 3 pinggan untuk diletakkan tepung jagung, telur dan diikuti dengan serbuk roti.

Langkah 5: Gaulkan sotong dengan tepung jagung.

Langkah 6: Kemudian, salutkan sotong dengan telur. 

Langkah 7: Akhirnya, gaulkan dengan serbuk roti.

Langkah 9: Sotong yang sudah selesai disalut dan digaul, sedia untuk digoreng.

Langkah 10: Gorengkan sotong bersalut tepung dan serbuk roti sehingga garing dan emas kekuningan.

Langkah 11: Angkat sotong dan hidangkan. Siap!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular