Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal berlaku esok. Kita mungkin mempunyai pelbagai rancangan dan harapan namun, tidak semua itu berlaku mengikut kehendak dan apa yang kita mahukan. Hari ini kita mungkin gembira, esok belum tentu kita boleh tersenyum atau mungkin hari ini kita alami hari yang suram dan siapa tahu esok ada pelangi yang mewarnai hari kita?

Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila akhirnya dia boleh melihat warna buat kali pertama seumur hidupnya. William Reed, 66 adalah seorang ahli bina badan dari Batavia, New York. Sepanjang hidupnya dia hanya melihat dunia dari lensa coklat dan hitam sahaja tetapi sebuah hadiah daripada keluarganya telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya…

Facebook

Isteri Bill, Pam Reed dan kakaknya, Paula Hanson, adalah ‘masterminds‘ di sebalik hadiah paling berharga sempena ulang tahunnya yang ke-66 itu.

Pada tahun ini mereka memutuskan untuk mengumpulkan wang bersama untuk membelikan Bill sebuah hadiah yang istimewa. Mereka telah berbincang mengenai hadiah itu sejak beberapa tahun lepas dan memandangkan Bill dan Pam akan meraikan ulang tahun perkahwinan ke-25, mereka memutuskan bahawa tahun ini adalah tahun untuk mereka memberikan hadiah istimewa itu.

Paula yang bertanggungjawab untuk membelikan Bill sepasang kaca mata Enchroma yang mahal. Cermin mata tersebut dicipta khusus dengan dilengkapi kanta pembetulan warna untuk membantu mereka yang buta warna untuk melihat seluruh spektrum pelangi. Ketika Bill berdiri di tangga rumahnya, keluarganya menyerahkan sebuah kotak yang tidak tidak disangka-sangka oleh Bill.

YouTube

Apabila Bill memakai cermin mata tersebut keadaan terus menjadi sunyi sepi. Kelihatan dia kaku seketika untuk ‘menghadam’ apa yang sedang berlaku. Dia mula melihat kehijauan pokok, langit yang biru dan bunga yang berwarna-warni di luar rumah. Apabila dia mula sedar apa yang terjadi, dia menjadi semakin beremosi. Menurut Pam, suaminya agak beremosi sehingga dia menangis kerana terlalu gembira melihat dunia dalam warna yang dia tidak pernah lihat sebelum itu.

YouTube

Pam dan Bill sangat berterima kasih kepada Paula kerana memberikan cermin mata tersebut dan sekarang Bill dapat melihat dengan lebih baik. Kini mereka lebih teruja dari sebelumnya untuk merancang perjalanan sempena ulang tahun mereka.

Facebook

“Kami teruja untuk membawanya ke Taman Letchworth untuk melihat perubahan warna daun, keindahan lampu pada pokok Krismas dan keindahan pelangi di langit,” kata Pam.

Beberapa bulan kemudian, seluruh keluarga itu melancong ke Bahamas dan Bill kekal memakai kaca mata baharunya!

Sumber: INSPIRE MORE, JustineReed97/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular