Anak sotong mungkin merupakan salah satu haiwan yang paling pandai berdikari dengan sendiri kerana harus berusaha untuk bertahan hidup sejak masih dalam telur. Dalam tempoh beberapa hari sebelum menetas, telur sotong akan bertukar menjadi lut sinar yang akan mendedahkan mereka kepada musuh.

golden_an|reddit

Jadi, apa yang harus lakukan oleh anak sotong untuk bertahan hidup daripada musuh ketika masih di dalam telur?

Menurut kajian dari University of Caen Normandy di Perancis dan National Tsing Hua University di Taiwan yang diterbitkan dalam bioRxiv.org, rupa-rupanya cara yang biasa dilakukan oleh anak sotong adalah dengan menahan nafas dan berharap tidak dikesan oleh musuh.

Pengguna reddit, rockyroo529 telah memuat naik gambar telur sotong yang lut sinar, menampakkan anak sotong comel di dalamnya.

Telur sotong tersebut dikatakan ditemui di dalam kerang oleh anak saudara lelakinya. Anak sotong yang comel dapat dilihat bergerak di dalam telur tersebut.

rockyroo529|reddit

Anak sotong selepas menetas kelihatan sangat comel! Walaupun saiznya sangat kecil, sepasang mata besar yang cantik dan sesungutnya jelas kelihatan. Ia membuat manusia menyedari bahawa alam semula jadi adalah sangat indah.

Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana telur sotong menetas:

Sumber: ETtoday, Virginia Aquarium/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular