Baru-baru ini terdapat satu rakaman kebakaran dahsyat melibatkan sebuah pesawat yang berlaku di Moscow akibat impak semasa pendaratan kecemasan.

Ia menunjukkan pembantu juruterbang yang telah berjaya keluar daripada pesawat yang terbakar melalui cermin kokpit pesawat, memanjat masuk semula ke pesawat berkenaan menggunakan gelongsor kecemasan untuk menyelamatkan juruterbang.

Maxm Kuznetsov, 36 tahun, memutuskan untuk kembali semula ke pesawat Aeroflot Sukhoi SuperJet di lapangan terbang Sheremetyevo, walaupun telah dihalang oleh para penyelamat.

Juruterbang, Denis Evdokimov yang berusia 42 tahun berkata, “Pembantu juruterbang berkenaan berjaya keluar dahulu, kemudian barulah saya.” Namun, dia tidak pula menjelaskan bagaimana dia keluar selepas itu.

Pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di landasan dengan keadaan penuh minyak yang tidak terbakar di tangki, setelah dipaksa kembali ke Moscow ekoran serangan kilat yang merosakkan komunikasi pesawat. Pihak penyiasat kini sedang menyiasat penyebab serangan kilat berkenaan walaupun para pakar menerangkan bahawa ia merupakan kejadian biasa.

Gambar foto yang menunjukkan juruterbang bersama memanjat masuk semula ke pesawat bagi menyelamatkan juruterbang

Maxm Kuznetsov, 36, dilihat telah berjaya menyelamatkan diri daripada kokpit beberapa saat selepas pesawat Aeroflot Sukhoi SuperJet membuat pendaratan kecemasan ekoran kebakaran

Maxm turut dilihat beberapa kali telah melawan para penyelamat yang memakai jaket hi-viz yang menghalangnya sebelum menaiki masuk ke pesawat semula

Segelintir mangsa dilihat menyelamatkan diri sambil membawa bagasi dan hal ini dilihat menimbulkan satu masalah kerana tindakan berkenaan akan melambatkan proses mengosongkan pesawat ketika saat-saat kritikal.

“Saya tidak tahu mahu cakap apa tentang mereka yang berlari keluar sambil memegang bagasi. Tuhan sahaja yang dapat menghakimi mereka,” tulis seorang mangsa yang terselamat, Mikhail Savchenko di laman Facebook.

Menurut laporan akhbar Moskovsky Komsomolets, dalam perjalanannya untuk menyelamatkan juruterbang, Maxm masih juga sempat menyelamatkan penumpang selain beberapa dokumen penerbangan yang penting.

Denis menegaskan bahawa dia telah mengikut prosedur yang betul untuk mendarat dengan berat pesawat yang berlebihan dan seorang pakar penerbangan memuji tindakan pengendalian Denis terhadap pesawat tersebut. Vadim Lukashevich memberi komen bahawa pendaratan kecemasan itu telah dilaksanakan dengan baik namun menurutnya serangan kilat bukanlah penyebab kepada kerosakan pada pesawat terbabit.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber dalam penyiasatan berkenaan telah menjelaskan tentang beberapa kesalahan juruterbang termasuklah menerbangkan pesawat ke dalam ribut petir dan tidak membuang bahan bakar.

Dalam perjalanannya untuk menyelamatkan juruterbang, Maxm masih juga sempat menyelamatkan penumpang selain beberapa dokumen penerbangan yang penting

Gambar foto menunjukkan bomba yang menembak meriam air pada pesawat yang terbakar berkenaan bagi mengawal api sementara pembantu juruterbang kembali semula ke dalam pesawat

Rakaman sewaktu pembantu juruterbang melepaskan diri melalui cermin kokpit:

Dua orang pramugari dalam pakaian seragam Aeroflot merah kelihatan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada pesawat Superjet. Salah seorang daripada mereka, Tatiana Kasatkina, petugas penerbangan yang dipuji kerana menendang bagi membuka pintu dan melemparkan penumpang keluar.

Kedua-dua mereka cuba mententeramkan penumpang walaupun masing-masing hampir pengsan kerana menghidu asap namun mereka terpaksa mengenepikannya bagi menyelamatkan penumpang yang masih terperangkap. Pelbagai sumber pula menyatakan bahawa tindakan juruterbang yang membuka tingkap kokpit dan tidak mematikan enjin sebaik sahaja mendarat berpotensi menambahkan lagi kebakaran itu.

Laporan juga berpendapat bahawa krew penerbangan berkenaan mungkin menyimpan bahan bakar di dalam pesawat kerana adalah sangat merbahaya untuk membuangnya di bandar. Pesawat berkenaan juga berlegar-legar di sekitar Moscow beberapa kali sebelum mendarat, namun tujuannya sama ada untuk ‘menghilangkan’ bahan bakar masih kurang jelas.

Sewaktu pesawat itu hampir mendarat, ia difahamkan sedikit melantun pada landasan sebelum terhempas dan terbakar. Munurut Lukashevich, kilat tidak akan menyebabkan itu berlaku pada pesawat moden dan ia mungkin disebabkan oleh kegagalan mekanikal.

Sisa pesawat terbakar di lapangan terbang Moscow semalam selepas pendaratan

Khidmat penjejak The Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat berkenaan membuat 2 pusingan di sekitar Moscow sebagai usaha terakhir untuk ‘menghilangkan’ bahan api

Jurucakap U.S. Federal Aviation Administration berkata bahawa secara puratanya, pesawat akan terkena sambaran kilat sekali dalam setahun. Menurut Denis, pesawat itu telah kehilangan komunikasi radio kerana kilat, tetapi ia tidak jelas jika ia membawa kepada pendaratan kecemasan.

Empat daripada lima krew penerbangan termasuklah juruterbang dilaporkan terselamat daripada kejadian berkenaan. Seorang krew kabin berkata terdapat sambaran kilat selepas sahaja Aeroflot berlepas ketika di bahagian Utara bandar Murmansk.

“Kami berlepas, lalu ke dalam awan, kemudian ada satu bunyi kuat dan ketika itulah saya lihat seperti ada cahaya seperti elektrik menyambar (kilat),” jelas Tatiana Kasatnika menerusi video yang dimuat naik di YouTube. Pesawat itu dinyalakan ketika casis menembusi tangki bahan api di landasan, menyebabkan kebocoran teruk.

Seorang penumpang, Petr Egorov berkata, “Kami baru saja berlepas dan pesawat itu terkena petir … Pendaratan itu kasar, saya hampir pengsan kerana ketakutan.” Menurut sumber daripada agensi berita Interfax, pesawat itu difahamkan telah menghantar isyarat kecemasan selepas berlepas.

Letupan kebakaran yang dahsyat daripada pesawat Superjet selepas ia mendarat di Moscow

Pendaratan kecemasan tidak berjaya untuk kali pertama dan pada kali kedua, gear pendaratan terkena pada tanah menyebabkan ia terbakar. Para penyiasat telah menemui 2 rakaman penerbangan yang memungkinkan 3 buah teori iaitu sama ada: kurang kelayakan pada juruterbang, kegagalan peralatan ataupun cuaca.

Salah seorang penumpang yang terselamat, Oleg Molchanov berkata, “Saya tidak menyangka pesawat akan terbakar seperti kaca plastik. Pencahayaan keselamatan pada pintu keluar kecemasan juga ‘mencair’ sebelum sempat pesawat berkenaan berhenti.”

Isterinya, Yulia juga berjaya diselamatkan. Menurut Yulia, satu sedutan asap toksik berkenaan ketika bernafas membuatkan Oleg tidak dapat bangun daripada kerusinya. Penglihatan pula terhad menyebabkan tiada siapa yang nampak suaminya. “Amat sukar untuk bernafas. Saya merupakan orang terakhir yang keluar,” jelas Oleg. Sementara itu, ribuan individu telah menanda tangani petisyen agar pesawat jenis itu dilarang untuk diterbangkan.

Para penyelamat yang masih lagi berada di lokasi kejadian

Penyiasat kini sedang mencari punca berlakunya kejadian tersebut

SSJ100, yang juga dikenali sebagai Superjet, telah berkhidmat pada tahun 2011 sebagai fasa baru bagi industri penerbangan awam Rusia. Ia telah diperkenalkan sebagai pengganti bagi pesawat-pesawat zaman Soviet yang sudah ketinggalan zaman.

Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata keputusan itu tidak berada di bawah kuasa Presiden Vladimir Putin. Pada tahun 2012, sebuah pertunjukan Superjet pada pertunjukan udara di Indonesia telah melanggar sebuah gunung berapi, mengorbankan 45 orang. Indonesia menyalahkan kemalangan atas kesalahan yang dilakukan oleh juruterbang.

Mangsa yang terselamat menggambarkan  rasa panik yang dialami ketika pesawat mendarat di landasan lalu terbakar  

Ahli keluarga dan kenalan mangsa dilihat menunggu bagi mendapatkan informasi terkini di lapangan Sheremetyevo, Moscow

Masalah teknikal berkait dengan kapal terbang telah dilaporkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan Rusia telah berusaha untuk meyakinkan wakil asing untuk membelinya. Pihak kerajaan juga ada menawarkan subsidi untuk menggalakkan syarikat penerbangan Rusia untuk membeli Superjet dan Aeroflot untuk menjadi operator utama.

Pada tahun 2018, rekod pembelian hanya mencecah 100 unit Superjet-100s sahaja. Syarikat penerbangan serantau Rusia, Yamal berkata bahawa pembatalan 10 buah pesawat sudah dibuat namun ia melibatkan kos servis dan bukanlah disebabkan oleh kemalangan yang berlaku itu.

Apabila pesawat berhenti, beberapa orang di atas pesawat turun menuruni gelongsor kecemasan yang terdapat pada bahagian hadapan pesawat.

Terdapat seorang penumpang yang berjaya turun daripada pesawat dan berjalan ke lapangan terbang dengan beg yang disandang, berasa marah dan meminta ganti rugi. Dmitry Khlebushkin turut membuat aduan tentang layanan yang diterima daripada staf Aeroflot selepas insiden tersebut.

Tatyana Kasatkina, 34 tahun, seorang pramugari yang bertugas di dalam pesawat yang terbakar berkenaan. Dia menendang pintu dan membantu penumpang keluar dengan menarik kolar baju mereka untuk mempercepat kerja pemindahan

Kebakaran daripada pesawat berkenaan menghasilkan asap tebal di sekitar lapangan terbang

Pesawat SSJ-100 daripada Aeroflot Airlines yang terbakar semasa mendarat kecemasan di lapangan terbang Sheremetyevo, Moscow, Rusia

Menurut laporan, hanya 3 orang penumpang sahaja pada barisan belakang kerusi Dmitry (barisan kerusi 10C), yang terselamat dalam kebakaran ini. Semasa api sedang marak, Tatiana mula menendang pintu kecemasan, mencapai penumpang lalu menolak mereka keluar.

Walau bagaimanapun, salah seorang kabin krew, Maxim Moissev, terkorban di dalam kebakaran ketika cuba untuk membuka pintu pada bahagian belakang pesawat berkenaan.

Rakaman yang menunjukkan letupan ketika pendaratan kecemasan:

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular