Pasangan anak beranak, John Hardy dan anak perempuannya, Elora Hardy sama-sama berkongsi minat yang sama dan mempunyai pendapat yang serupa di mana mereka percaya bahawa perasaan bahagia dan sihat ketika berada di dalam rumah berkemungkinan dapat dicapai dengan satu perkara sahaja: berada sehampir yang mungkin dengan alam semula jadi.

Well Home

Pasangan ini, bersama-sama dengan pasukan pereka dan arkitek yang berpangkalan di Bali, bergabung tenaga dan mencipta rumah-rumah yang indah dan hebat dari buluh yang dibina berjauhan dari bandar.

IBUKU

Komuniti yang dibina ini dipanggil IBUKU, yang mempunyai rumah-rumah yang melengkung, reka bentuk yang unik, sentuhan idea yang lain dari yang lain dan kebanyakannya mempunyai ruang yang terbuka kepada alam semula jadi. Rekaan rumah yang dibina juga mampu bertahan lama dan diilhamkan dari alam semula jadi.

Look Forward

Look Forward

“Hidup di dalam ‘kotak’ adalah kematian kepada manusia,” kata John Hardy yang bercakap dari rumahnya di Bali.

“Kami mempunyai idea untuk berjalan di atas bumi, bukan di atas lantai industri yang sempurna dan rata. Rumah moden penuh dengan sudut yang tepat – mereka tidak memberi peningkatan kepada kehidupan. Lihat keindahan di dunia. Tidak ada sudut yang tepat.

Look Forward

“Kami tidak menggunakan sudut tepat untuk rumah yang kami bangunkan. Kami mengambil isyarat dari alam semula jadi dan bangunan adat tradisional. Lantai di rumah kami selalunya agak renggang – mereka sangat mengagumkan. Anda bangun dari tidur dan anda akan berasa gembira.”

“Pengalaman berada di dalam bangunan adalah lebih penting daripada rupa luarannya,” tambah Elora Hardy.

Look Forward

Look Forward

Idea pertama untuk membina kawasan perumahan yang unik ini bermula selepas John dan isterinya, Cynthia, mengasaskan Green School Bali, iaitu sebuah sekolah dengan bangunan terbuka, yang dibina dari buluh yang berasal dari kawasan tempatan.

Look Forward

Look Forward

Kemudian, bersama dengan anak perempuannya, Elora serta tenaga kerja dan idea daripada pasukan arkitek berbakat dan seniman berbakat, John dan Cynthia kemudian membina Green Village, sebuah komuniti yang mempunyai 12 buah rumah buluh persendirian yang unik dan sangat indah, yang dikelilingi oleh hutan Bali yang subur dan berdekatan dengan Green School .

Look Forward

Pembeli sasaran bagi pembinaan komuniti Green Village adalah daripada golongan yang “benar-benar hebat, mencabar,” menurut Elora.

Look Forward

IBUKU

“Jenis orang yang melihat semua perkara – yang mengalami begitu banyak perkara yang menarik, indah, dan sedang mencari sesuatu yang dirasakan sahih. Orang mengatakan mereka benar-benar dapat bersatu dengan alam semula jadi di ruang kami – untuk sesuatu yang lebih mendalam.

Look Forward

IBUKU

“Orang ramai bercakap dengan penuh minat terhadap rumah yang kami bangunkan, sama ada mereka tinggal di dalamnya atau melawatnya,” katanya. “Ada yang berasakan bahawa ini adalah cara yang betul untuk hidup, bahawa kediaman ini adalah semula jadi dan mereka berasa baik di dalamnya.”

IBUKU

IBUKU

Sumber: Well Home, Look Forward

Maybe you're interested :

Share

Video Popular