Leher merupakan struktur tubuh badan yang penting, mengandungi kord, batang otak, arteri, saluran darah, ligamen, saraf, tulang, urat, sendi dan otot. Jadi amalan meregangkan leher tanpa teknik yang betul dan selamat boleh menyebabkan masalah serius termasuk strok.

(Gambar sekadar hiasan) Jesper Aggergaard|Unsplash

Amalan ini boleh meyebabkan urat tersimpul, terputar atau rosak secara kekal, termasuk arteri yang membawa darah terus kepada otak anda.

Jika anda sering melakukan amalan ini, tidak kira dilakukan sendiri atau dilakukan oleh orang lain terutamanya oleh tukang gunting rambut, anda harus segera berhenti melakukannya.

Perkara in harus dipandang serius kerana seorang lelaki berusia 28 tahun dari Oklahoma, Josh Hader terpaksa digegaskan ke hospital setelah dia melakukan regangan leher beberapa kali menggunakan tangan.

WKRG

Ia berlaku apabila selepas Hader melakukan regangan leher, dia mendengar bunyi ‘pop’ yang kuat dan merasakan sesuatu yang tidak kena.

Selepas itu, bahagian sisi kirinya terasa kebas dan tidak merasa apa-apa, jadi dia cepat memeriksa untuk melihat adakah wajahnya herot sebelah, yang merupakan salah satu tanda strok yang biasa terjadi.

WKRG

Wajahnya kelihatan baik-baik saja, jadi dia mengandaikan bahawa tidak ada apa yang berlaku dan pergi untuk mendapatkan beberapa pek ais. Namun, ketika dia mahu berjalan ke dapur, dia perasan dirinya tidak dapat berjalan lurus.

Ketika bapa mentuanya tiba untuk membawanya ke hospital, keadaannya menjadi semakin teruk dan dia tidak dapat berjalan sama sekali.

Dia bernasib baik kerana pemeriksaan CT menunjukkan bahawa tiada perdarahan di otaknya, tetapi doktor mengesahkan bahawa dia mengalami strok dan dia perlu menmabil ubat yang dikenali sebagai pengaktifan plasminogen tisu, atau tPA, yang melarutkan pembekuan darah.

Hader dipindahkan ke Hospital Mercy di mana dia berada di unit rawatan intensif selama beberapa hari, sehingga dipindahkan ke pusat pemulihan di mana dia belajar berjalan semula dan mengendali pergerakan sebelah kiri tubuhnya.

Arteri vertebranya tercedera dan terkoyak ketika meregang lehernya. Hader bernasib baik kerana masih hidup, dan dalam beberapa minggu dia dapat berjalan semula.

WKRG

Doktor pakar mengatakan bahawa sekiranya banyak pendarahan berlaku di bahagian arterinya yang terkoyak itu, ia dapat menyebabkan koma, lumpuh kekal atau bahkan kematian. Jadi dia boleh menganggap dirinya agak bernasib baik.

Kisah Hader ini dapat memberikan iktibar kepada orang diluar sana yang suka meregangkan leher. Berhenti melakukannya jika anda sayangkan diri anda sendiri.

Sumber: OdditycentralKOCO

Maybe you're interested :

Share

Video Popular