Pertunjukan fesyen adalah tempat di mana penggemar fesyen dan orang ramai berkumpul untuk menyaksikan koleksi fesyen terkini diperagakan. Sama ada gaun couture, sut, pakaian sukan dan biasa, ia adalah acara wajib yang popular buat pereka fesyen terkenal dunia mempamerkan koleksi mereka.

Oleh itu, para model perlu menjalankan tugas mereka dalam memperagakan pakaian dengan tarikan yang menarik perhatian. Walau bagaimanapun, dalam salah satu sesi ‘catwalk’ di sebuah pertunjukan fesyen di Marrakesh, Morroco, seekor kucing telah mencuri perhatian.

South China Morning Post/Youtube

Secara lazim, terdapat banyak kucing yang dijumpai di sekitar jalanan di Marrakesh. Orang ramai sudah terbiasa mengabaikan mereka, dan kucing-kucing ini juga turut mengabaikan orang ramai sebagai balasan. Satu sistem yang baik. Kucing jalanan memakan sisa makanan daripada penjual jalanan atau kadang-kadang pergi memburu sendiri. Kucing jalanan mempunyai kehidupan yang cukup baik, kerana mereka hanya terdedah kepada bahaya yang sedikit di jalan-jalan sekitar Morroco.

South China Morning Post/Youtube

Tetapi dalam banyak-banyak kucing jalanan biasa itu, kucing yang satu ini mendapat idea yang lebih baik daripada aktiviti biasanya. Pertunjukan fesyen Christian Dior di Marrakesh sedang berlangsung dan kucing ini memutuskan untuk bersiar-siar dan melihat apa yang dirasakan oleh semua ‘pejalan kucing’ yang ternampak lebih cantik.

Sementara semua model berjalan ‘catwalk’ di pentas peragaan, kucing ini menontonnya selama satu minit sebelum memutuskan untuk mengambil gilirannya sendiri. Dia tidak tertarik langsung dengan muzik yang kuat itu dan mengikuti semua model yang berjalan di arah yang bertentangan. Selama beberapa saat, kucing ini telah menjadi pusat perhatian yang lengkap, dan para penonton menyukainya.

South China Morning Post/Youtube

Akan tetapi, ketika hampir selesai mengambil gilirannya dalam acara di pentas peragaan itu, tiba-tiba dia memutuskan untuk meninggalkan tandanya di pentas ‘catwalk’ dengan membuang air di gaun couture salah seorang tetamu! Tidak pasti pula sama ada tetamu bertuah ini perasan atau tidak, tetapi kucing yang licik ini secara pasti dan selamba telah ‘menandakan wilayahnya’ pada gaun couture yang sangat mahal itu.

South China Morning Post/Youtube

Satu bonus ketika pertunjukan fesyen Christian Dior di Marrakesh sedang berlangsung kerana amat jarang sekali anda akan dapat melihat kucing sebenar itu sendiri yang melakukan ‘catwalk’ serta menandakan wilayahnya!

Tonton rakaman video di bawah.

South China Morning Post/YouTube

Sumber : South China Morning Post/Youtube , Happiest

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular