Sekarang, cuba bayangkan anda sedang kelaparan dan sudah lama tidak menjamah apa-apa makanan. Jika anda diberi pilihan untuk memakan salah satu daripada menu berikut, iaitu nasi, roti kukus, burger atau buah epal, yang manakah satu akan menjadi pilihan anda?

Soalan ini mungkin kelihatan aneh dan remeh, tetapi, ternyata soalan ini boleh menggambarkan personaliti diri anda berdasarkan pilihan jawapan yang akan anda pilih. Menarik sungguh! Mari kita cuba!

 

Sila pilih salah satu menu makanan yang akan anda makan jika anda sedang kelaparan:

Pilihan A: nasi

Pilihan B: roti kukus (mantou)

Pilihan C: burger

Pilihan D: buah epal

Sudahkah anda memilih jawapan anda? Mari lihat ringkasan personaliti diri anda yang berikut.

1. Pilihan A: nasi

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Chowhound

Anda tidak suka menyalahkan orang lain, anda mempunyai keperibadian yang agak cerewet dan anda tidak suka orang berbohong kepada anda dan bermain dengan perasaan anda. Kadang-kadang anda merasa bahawa anda tidak cukup melakukan yang terbaik dan anda mudah untuk berasa iri hati kepada orang lain yang mempunyai kualiti yang lebih baik.

Ibu bapa memberi pengaruh yang besar terhadap keperibadian anda. Anda sangat peduli dengan penilaian orang lain tentang diri anda. Kadang-kadang anda tidak dapat menangani beberapa perkara dengan baik, dan akhirnya menyebabkan anda menjadi gugup untuk berhadapan dengan orang lain.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: BL Daily

Percayalah, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Anda perlu memahami diri anda, periksa diri sendiri, terima diri sendiri, dan kemudian cuba bergaul dengan orang lain. Apabila orang lain memberi nasihat kepada anda, dengarkan nasihat mereka dengan sabar, kemudian lakukan penilaian yang sewarasnya. Dengan ini, anda boleh mencapai kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

2. Pilihan B: roti kukus

Gambar sekadar hiasan. Kredit: China Sichuan Food

Anda seorang yang agak berumur, di dalam hati anda penuh dengan kenangan masa lalu, anda tidak suka menyerah. Walaupun sesetengah perkara sudah lama meninggalkan diri anda, termasuklah cinta masa lalu, anda sukar untuk melupakannya dan anda cenderung untuk ambil peduli tentang satu sama lain dalam setiap perkara.

Mungkin pendidikan keluarga untuk anda agak tradisional. Anda mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keluarga. Kadang-kala, walaupun tuntutan mereka tidak begitu munasabah, anda akan cuba melakukannya.

Watak anda lebih matang, misalnya walaupun seseorang membuat anda berasa tidak selesa, namun anda masih akan memilih untuk menangani konflik tersebut dengan baik. Anda sentiasa hidup dalam jangkaan orang lain, anda cenderung untuk beralah dan akhirnya akan kehilangan diri anda pada akhirnya.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: BL Daily

Sebaiknya, anda perlu benar-benar hidup untuk diri sendiri kerana ingatlah, kehidupan ini hanya sementara. Biarkan perkara yang lepas berlalu dan berusaha untuk mengubah nasib anda pada masa hadapan kerana hanya itu sahaja yang masih boleh anda kawal. Lakukannya untuk diri anda sendiri, demi kehidupan yang lebih indah dan ketenangan diri sendiri.

3. Pilihan C: burger

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Advertising Marketing

Anda mempunyai keinginan yang sangat kuat terhadap cinta, tetapi kerana beberapa peristiwa pada masa lalu, anda cenderung menjarakkan diri dan tidak mudah membuka hati kepada cinta baharu. Hanya mereka yang paling akrab dengan anda sahaja yang boleh melihat bahawa anda secara amnya kelihatan sangat tegas tetapi sebenarnya mempunyai hati yang sangat hangat.

Lazimnya, hanya orang yang anda benar-benar rapat sahaja akan mengetahui banyak hal tentang diri anda. Pada pendapat anda, persahabatan adalah sangat berharga. Sebaik sahaja anda bersahabat, anda berharap bahawa mereka akan menjadi teman baik dalam hidup anda. Anda juga sangat spesifik dalam menangani perasaan. Jika anda suka orang yang salah, anda akan mendapati bahawa anda sukar untuk membebaskan diri.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: BL Daily

Untuk mencapai kehidupan yang benar-benar membahagiakan, sebaiknya anda perlu lebih menyayangi diri sendiri. Sebelum anda bersemangat untuk mencintai orang lain, terima diri anda sendiri dan carilah seseorang yang benar-benar sesuai dengan anda. Anda berhak mendapat kebahagiaan yang maksimum!

4. Pilihan D: buah epal

Gambar sekadar hiasan. Kredit: The Best of Health

Umumnya anda adalah seseorang yang hidup dengan prinsip yang sangat mudah. Walaupun setelah menerima nasihat daripada ibu bapa, anda cenderung untuk melupakannya setelah mengambil tindakan yang sepatutnya. Anda sering mengosongkan fikiran supaya dapat melegakan tekanan.

Anda adalah orang yang sangat ringkas, anda boleh mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan, tetapi untuk beberapa hal yang kritikal, anda tidak pasti cara yang sesuai untuk menangani perkara itu. Anda lebih suka berangan-angan, tetapi jarang mengambil tindakan untuk mencapainya.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: BL Daily

Dari semasa ke semasa, anda akan mempunyai beberapa rancangan untuk dijalankan, tetapi anda sentiasa memberi alasan kepada diri anda untuk mengelak, memberitahu diri anda bahawa masanya belum tiba dan anda masih belum bersedia.

Sebaiknya, cubalah untuk bertegas dengan pilihan yang bakal anda ambil tidak kiralah dalam apa jua perkara. Cuba amalkannya untuk mempunyai kehidupan yang lebih berkualiti.

Sumber: BL Daily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular