Tubuh badan manusia sememangnya memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk benar-benar berfungsi dengan lancar. Segala nutrisi boleh didapati daripada pemakanan yang kita ambil. Salah satu produk pemakanan yang kaya dengan nutrisi untuk keperluan tubuh badan manusia adalah susu.

Kini, susu begitu mudah untuk didapati di mana-mana sahaja, sama ada dalam bentuk susu segar di dalam kotak minuman, mahupun susu tepung yang perlu dibancuh terlebih dahulu. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua jenis susu ini mempunyai kandungan nutrisinya yang tersendiri tetapi kami yakin, tidak ramai orang yang tahu mengenai kandungan nutrisi sebenar yang terdapat dalam dua jenis susu ini.

Oleh itu, menerusi entri ini, anda akan diterangkan dengan lebih lanjut berkenaan perbezaan kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung serta pilihan susu yang paling sesuai mengikut keperluan anda.

Segala informasi yang dinyatakan mungkin dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik selepas ini!

4S Foods

Kandungan nutrisi yang hampir serupa

Mungkin tidak ramai orang mengetahui bahawa kandungan nutrisi antara kedua jenis susu ini hampir serupa sahaja sebenarnya. Secara amnya, bagi satu cawan hidangan susu segar atau susu tepung mengandungi 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium harian.

Ways To Cap

Perbezaan kandungan vitamin B

Vitamin B khususnya vitamin B5 yang terdapat dalam kedua-dua jenis susu ini adalah penting untuk membantu sel otak kekal berada dalam keadaan yang sihat. Manakala, vitamin B12 yang juga terdapat dalam kedua-dua jenis susu ini pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.

Bezanya, susu segar secara naratifnya adalah diperkaya dengan vitamin B iaitu satu cawan susu segar mengandungi 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.

Manakala, susu tepung pula hanya mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.

Alica’s Pepperpot

Perbezaan kandungan mineral selenium dan fosforus

selain daripada mengandungi vitamin B, susu juga boleh membekalkan mineral selenium dan fosforus yang baik untuk kelancaran sel otak, sistem metabolisme badan dan fungsi enzim serta tiroid.

Perbezaan kandungan mineral ini terlihat apabila susu segar membawa kandungan mineral ini lebih banyak berbanding susu tepung. Satu cawan susu segar mengandungi 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.

Sementara itu, sesu tepung pula hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram mineral fosforus.

Finding the Seoul

Perbezaan dari segi perkara umum

Walaupun pada masa ini rasa susu tepung sudah semakin diperbaharui dan lebih baik, namun rasa susu tepung masih lagi belum boleh mengatasi kelazatan susu segar.

Walau bagaimanapun, susu segar turut mempunyai sedikit kelemahan di mana susu segar tidak boleh disimpan dengan terlalu lama dan susu segar adalah produk yang mudah rosak.

Bukan itu sahaja, ramai individu turut bersetuju bahawa susu tepung mempunyai harga yang lebih murah dan menjimatkan berbanding pembelian susu segar.

Jadi, susu yang manakah yang sesuai untuk anda?

Sebenarnya jika diteliti, kedua-dua jenis susu ini menawarkan kandungan nutrisi yang hampir serupa sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda tidak gemar menggunakan produk yang diproses, maka susu segar adalah pilihan yang sesuai untuk anda. Hal ini adalah kerana susu segar bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.

Bluprint

Untuk kegunaan dapur pula, susu segar sebenarnya dalah pilihan yang terbaik. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh beberapa kelemahan susu segar yang telah dinyatakan sebelum ini, susu tepung merupakan satu alternatif terbaik yang boleh menggantikan penggunaan susu segar.

Konklusinya, kedua-dua jenis susu ini mempunyai kelebihan masing-masing dan jika mahu dibicarakan tentang kandungan nutrisinya, kedua jenis susu ini hanya mempunyai sedikit perbezaan sahaja. Oleh itu, terpulang kepada anda untuk memilih mana-mana jenis susu yang ditawarkan di pasaran mengikut keperluan anda sendiri.

Sumber: Hello Doktor

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular