Umumnya, Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa. Walaupun berbeza agama, budaya dan adat, namun masyarakat di negara ini mampu hidup secara harmoni dan aman.

Perbezaan dijadikan satu titik persamaan di mana setiap anggota masyarakat sudi mengambil tahu dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai budaya dan adat resam kaum yang lain.

Sikap keterbukaan dan saling memahami antara satu sama lain dilihat sebagai kekuatan yang harus terus dijaga, selain sikap tolak ansur, hormat menghormati serta bantu membantu perlu dipraktikkan secara berterusan agar keharmonian yang dikecapi ini berkekalan.

Itulah yang berlaku pada seorang lelaki yang menceritakan tentang pengalaman dirinya berbuka dengan coklat yang diberikan oleh seorang wanita berbangsa Cina ketika mereka berada di dalam feri yang rosak dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Nasx Seth|Facebook

Menerusi kenyataannya di Facebook, pengguna yang dikenali sebagai Nasx Seth itu tidak menyangka bahawa feri yang dinaikinya bersama penumpang yang lain, rosak dan berlanjutan sehingga waktu berbuka puasa. Dia hanya berbuka dengan meminum air yang dibawanya sebelum didatangi seorang wanita yang memberinya coklat.

Bukan dia sahaja yang menerima coklat itu, bahkan semua penumpang beragama Islam di dalam feri itu turut diberikan coklat untuk berbuka.

Nasx Seth|Facebook

Walaupun hanya coklat, namun keikhlasan wanita terbabit membuatkannya terharu. Malah, penumpang lelaki berbangsa Cina di belakang kerusinya turut memberinya KFC.

Nasx Seth|Facebook

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh kedua-dua insan berhati mulia berkenaan membuatkan hati Nasx tersentuh sehingga mengalirkan air mata.

Nasx Seth|Facebook

Ini merupakan bukti bahawa wujud lagi insan berlainan bangsa yang sedia berkongsi makanan bersama, terutamanya ketika bulan Ramadhan ini. Ikuti cerita perkongsian penuh di bawah:

Sumber: Says , Nasx Seth|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular