Ramai remaja di seluruh dunia yang telah berjaya mencipta pelbagai inovasi luar biasa sepanjang tahun, dan ini merupakan satu budaya yang begitu membanggakan.

Mereka dapat menyalurkan kreativiti dan sumber yang mereka anda menerusi platform sebegini. Dan kini, sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga kerana rakyat tempatan berjaya mencipta sesuatu yang sangat berguna dan bermanfaat.

Seramai 3 orang remaja lelaki telah memulakan projek ini bersama dan mencipta Stesen Pengecas Hijau yang beroperasi terhadap tenaga solar – merupakan satu projek yang menggunakan masa selama 2 bulan untuk disiapkan.

Mereka difahamkan mendapatkan ilham untuk memulakan projek ini kerana mahu membantu para pelajar di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses terhadap tenaga elektrik. Masalah berkenaan mengehadkan waktu mereka untuk belajar kerana mereka tidak boleh mengulang kaji di waktu malam.

Walaupun baru berusia 14 tahun, S. Dhivyesh Kumar, N. Kirthigaraj dan Muhammad Arif Farhan Halizan daripada SMK Taman Mutiara Rini 2, berjaya mencipta stesen pengecas yang berfungsi daripada panel solar 10 watt, yang mampu menjana tenaga sehingga 23V.

The Star

“Kami mahu mencari jalan agar tenaga elektrik ini boleh diakses oleh semua orang, lebih-lebih lagi buat para pelajar di kawasan terpencil dan kami juga mahu merealisasikannya secara mesra alam,” jelas Dhivyesh.

Apa yang lebih membanggakan lagi, mereka berjaya memenangi pingat emas di World Young Inventors Exhibition (WYIE) dalam kategori persekitaran, menewaskan 78 wakil negara yang lain termasuklah Arab Saudi, Indonesia, Qatar dan Australia.

Dhivyesh berharap agar ciptaan mereka turut membantu mereka yang mahu berkhemah di hutan untuk mendapatkan sumber elektrik.

Dia turut menjelaskan bahawa stesen pengecasan berkenaan terdiri daripada penyongsang tenaga, regulator cas tenaga, port USB dan bateri asid plumbum yang boleh dicas semula bagi menyimpan tenaga supaya stesen itu boleh digunakan apabila tiada cahaya matahari.

“Kami telah memasang kipas kecil dan lampu meja di atas stesen berkenaan bagi membolehkan ia digunakan sebagai meja buat pelajar mengulang kaji,” tambahnya. Dhivyesh dan dua lagi rakannya yang masih bersekolah difahamkan hanya berjumpa pada hujung minggu sama ada di rumahnya atau di sekolah untuk menjalankan projek mereka berkenaan.

“Kami mulakan projek pada awal bulan Februari. Ibu bapa juga menyokong usaha kami. Mereka cuba membantu apa yang mereka mampu. Mereka membelanjakan duit untuk kami beli barangan yang diperlukan.” Kos bahan yang digunakan berjumlah sehingga RM200 dan ia ternyata cukup berbaloi!

Usaha mereka ini bukan sahaja membanggakan ibu bapa, malah guru mereka juga, iaitu N. Dubashini yang turut mengagumi komitmen dan kerja keras mereka selain keyakinan anak muridnya itu membentangkan projek kepada para juri.

Tahniah buat ketiga-tiga mereka ini. Semestinya, ciptaan mereka ini akan menjadi dorongan dan pemangkin untuk lebih banyak lagi ciptaan dan inovasi berguna pada masa akan datang.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular