Makanan laut adalah hidangan kegemaran biasa di kalangan masyarakat seluruh dunia walaupun sesetengah jenis makanan laut memerlukan tahap penghargaan yang berbeza. Daripada pelbagai cara dalam hidangan makanan laut, seseorang harus mengakui bahawa salah satu cara terbaik untuk menikmati makanan laut adalah secara mentah, dengan syarat ia masih segar dan tidak disimpan di dalam peti sejuk terlalu lama. Walau bagaimanapun, sesetengah orang hanya menyukainya ketika makanan laut itu masih terlalu segar dan mentah.

Anda pasti pernah melihat rakaman video sesetengah orang yang berani telah mencuba menelan apa yang kelihatan seperti sotong gurita kecil yang walaupun telah terpisah dari badan, masih bergerak-gerak di atas pinggan. Individu yang berani ini sering mencelupkan potongan sotong yang sedang bergerak ke dalam pencicah kicap dan sos istimewa sebelum memasukkannya ke dalam mulut secara mentah-mentah dan mengunyah dengan cepat dalam usaha untuk mencegah cengkaman sotong dari melekatkan serpihan diri mereka ke lidah atau tekak manusia.

YouTube

Walaupun ini mungkin berfungsi untuk sotong gurita yang lebih kecil, atau sotong itu telah dihiris cukup kecil untuk dimakan, seorang wanita yang tinggal di bandar Lianyungang, di wilayah Jiangsu, berfikir adalah lebih baik baginya untuk  mengendalikan aksi memakan sotong gurita yang lebih besar daripada wajah dan kepalanya.

Gadis yang dikenali sebagai “Seaside Girl Little Seven” di media sosial, merupakan seorang vlogger yang sering merakamkan dirinya memakan makanan laut sehingga pada satu hari, dia telah memutuskan untuk mengambil langkah yang lebih berani.

Dalam rakaman klip video berdurasi 50 saat yang disiarkan di Coconuts, ‘Seaside Girl Little Seven’ dilihat sedang memegang sotong gurita yang cukup besar dan sedang berada mukanya.

World Wide Leaks/YouTube

Dia mungkin sedang merancang untuk mengambil satu gigitan pada salah satu dari tentakel sotong gurita ini. Walau bagaimanapun, perkara luar dugaan telah berlaku apabila bermula dari situ, sotong gurita ‘nakal’ ini mula melekat di bahagian sebelah kiri wajah wanita ini sehingga menyebabkan ketawa riangnya bertukar menjadi tangisan kesakitan.

Kerana terkejut dan mula panik, Seaside Girl pada mulanya berkata, “Lihatlah betapa kerasnya dia menyedut!”

Sebelum Seaside Girl mula menjerit, “Ia menyakitkan, ia menyakitkan, ia menyakitkan! Saya tidak dapat menariknya, saya tidak dapat menariknya! Oh Tuhan!”

World Wide Leaks/YouTube

Seaside Girl kemudian cuba untuk melepaskan sotong gurita ini dari mukanya dengan menarik badannya, yang kemudian menyedari bahawa ia lebih sukar daripada apa yang dia fikirkan. Kita semua sedia maklum bahawa tentakel sotong gurita tetap aktif dan bergerak-gerak walaupun setelah makanan laut ini telah mati,. Maka tidak hairan, ketika sotong gurita ini melekat rapat dan erat di atas bibir, pipi dan kelopak mata wanita ini, dia tidak dapat mengelak daripada mula menangis dan menjerit kesakitan.

Selepas berjuang selama kira-kira 30 saat, Seaside Girl akhirnya berjaya melepaskan sotong gurita dari wajahnya dan memberitahu penonton bahawa dia akan memakannya dalam video yang seterusnya.

 

World Wide Leaks/YouTube

Akibat pergelutan antara cengkaman tentakel sotong gurita dengan tarikan untuk melepaskannya dari wajah wanita ini, ia telah melukakan wajahnya yang jelita sehingga berdarah. Ternyata tentakel sotong gurita itu begitu kuat mencengkam dengan sedutannya ekoran tidak membenarkan dirinya dimakan hidup-hidup.

Reaksi netizen kebanyakannya tidak bersimpati, dengan ramai yang memanggil tindakan itu sebagai ‘dungu’ sementara yang lain menyatakan kebimbangan terhadap kehidupan sotong gurita itu.

Tonton rakaman aksi ini di bawah.

World Wide Leaks/YouTube

Sumber : World Wide Leaks/YouTube , World of Buzz

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular