Di dunia ini, terdapat banyak gua-gua yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan sejarah masing-masing yang sangat menarik. Walau bagaimanapun, semua gua ini tidak dapat dibandingkan dari segi saiznya dengan sebuah gua yang terletak di Vietnam.

Oxalis

Gua Son Doong merupakan gua semula jadi terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, sepasukan penyelam British baru-baru ini menemui satu fakta baharu bahawa sungai bawah tanah di dalam gua ini rupa-rupanya mempunyai kedalaman yang jauh lebih dalam daripada yang mereka jangkakan!

Menurut VN Express, tiga orang penyelam British telah dijemput untuk meneroka sistem sungai bawah tanah di Gua Son Doong dan ekspedisi menyelam ini berlangsung dari 1 hingga 3 April 2019.

John Spies/Barcroft Media

Sebelum menyelam di dalam air, pasukan ini pada mulanya berharap bahawa sungai bawah tanah di dalam gua ini akhirnya akan berhubung dengan satu lagi iaitu Gua Thung, tetapi ternyata harapan mereka tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, sistem terowong di dalam gua itu semakin mendalam yang menunjukkan bahawa gua tersebut mungkin bersaiz lebih besar daripada yang mereka fikirkan sebelumnya.

Kedalaman sungai di dalam gua ini dianggarkan sedalam 93 meter tetapi apabila mereka mencapai paras 77 meter, mereka masih tidak menemui apa-apa kaitan dengan Gua Thung, yang menyebabkan mereka percaya bahawa Gua Son Doong berkemungkinan mempunyai kedalaman lebih kurang 500 meter daripada yang dianggarkan sebelumnya.

Oxalis

Malangnya, pasukan penyelam ini tidak boleh meneruskan ekspedisi dan terpaksa berpatah balik kerana tidak mempunyai peralatan yang mencukupi.

“Kami telah menerokai banyak sistem gua yang besar tetapi tiada satupun daripada mereka boleh dibandingkan dengan Son Doong. Sayang sekali, kami tidak boleh mendapatkan gambaran penuh sistem bawah tanah Son Doong untuk kali ini,” kata seorang penyelam, Jason Mallinson.

VietnamTourism

Tertarik dengan penemuan baru ini, pasukan itu merancang untuk kembali lagi pada tahun hadapan dengan helium supaya mereka dapat menyelam dengan lebih jauh dari 120 meter.

Mereka telah memilih untuk melakukan ekspedisi pada awal bulan April kerana paras air berada pada paras paling rendah dan penglihatan dalam air adalah baik.

RedBull

Gua berusia 2.5 juta tahun ini mula-mula ditemui oleh seorang petani tempatan bernama Ho Khanh pada tahun 1991 ketika dia berusaha mencari perlindungan dari ribut di dalam hutan. Malangnya, dia terlupa lokasi gua itu dan gua itu ditemui semula pada tahun 2009 oleh penyelam asing.

Gua itu terkenal dengan keindahan pemandangan dan hutan primitif yang tidak disentuh oleh pembangunan manusia. Malah, gua itu juga sangat besar sehingga mampu mempunyai ekosistem dan iklimnya sendiri.

Elesquiu

Pelawat yang berminat untuk menjejaki gua ini perlu mendaki kira-kira 50 meter dan melalui beberapa gua-gua lain untuk tiba di pintu masuk gua yang paling indah di dunia ini.

Hanya 900 pelawat dibenarkan masuk dari Januari hingga Ogos setiap tahun dan setiap orang dikehendaki membayar sekitar US $ 5,580 (lebih kurang RM23,100) untuk perjalanan ke Gua Son Doong.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular