PUTRAJAYA: Seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dianugerahkan pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Mingguan Wanita/Facebook

Muhamad Saiful Hakimi Daud yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences’, di Pegula Ice Arena, 3 Mei lalu.

Mingguan Wanita/Facebook

“Beliau adalah pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0.

“Pelajar itu yang ditaja bermula Ogos 2015 hingga Julai tahun ini mengikuti pengajian jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Petroleum dan Gas Asli,” katanya dalam satu kenyataan rasmi JPA.

Dalam majlis berkenaan, wakil Pennsylvania State University memuji kebolehan luar biasa pemuda kelahiran Sungai Petani, Kedah itu atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.

Sementara itu, Muhammad Saiful dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan itu menyifatkan kejayaan yang diperolehi itu adalah usaha keras sepanjang berada di university berkenaan.

Mingguan Wanita/Facebook

“Segala ilmu yang diperolehi di sini pastinya menyiapkan saya untuk menjadi seorang jurutera yang mampu menilai secara kritis sebarang keputusan kejuruteraan.

“Terima kasih kepada JPA yang menaja pengajian saya serta Pennsylvania State University di atas peluang yang diberikan,” katanya

Manakala di media sosial, rata-rata netizen melahirkan rasa bangga diatas kejayaan pemuda berusia 24 tahun itu yang mengharumkan negara sekali gus menjadi kebanggaan orang tuanya.

Netizen turut mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapat pengiktirafan tersebut selain menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar Malaysia kerana mampu mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber: Mingguan Wanita/FacebookNew Straits Times, Utusan Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular